UMNO-BN berkemungkinan besar bertanding sendiri PRU-16: Zahid

May 3, 2026 · Politik

UMNO-Barisan Nasional (BN) dilihat semakin hampir untuk bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), menurut presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pendekatan itu bukan sesuatu yang baharu, sebaliknya kesinambungan daripada strategi parti sejak dua pilihan raya umum lalu.

“Kalau ikut pengalaman PRU-14 dan PRU-15, kita memang bergerak sendiri. Untuk PRU-16, kemungkinan besar kita akan teruskan pendekatan ini,” katanya dipetik laporan media.

Walaupun cenderung bergerak solo, Zahid menjelaskan BN tidak akan bertanding di semua 222 kerusi Parlimen.

Sebaliknya, parti akan memilih kerusi yang berpotensi dimenangi, selain mengelakkan pertembungan dengan parti lain melalui persefahaman politik.

“Kita tidak perlu bertanding semua kerusi. Fokus kita adalah menang di kawasan yang kita kuat. Kalau terlalu banyak pertandingan tiga penjuru, peluang kemenangan akan terjejas,” katanya.

UMNO, yang pernah menjadi tunjang pemerintahan negara selama lebih enam dekad sejak merdeka, kini berada dalam landskap politik baharu selepas PRU-14 menyaksikan kejatuhan BN buat pertama kali.

Sejak itu, parti tersebut menyesuaikan strategi termasuk bekerjasama dalam Kerajaan Perpaduan selepas PRU-15.

Zahid juga menegaskan UMNO tetap berpegang teguh kepada prinsip asas parti walaupun membuka ruang kerjasama politik.

“Ada perkara yang kita tidak akan kompromi, termasuk kepentingan Islam, institusi Raja, bahasa Melayu dan hak Melayu,” katanya.

Beliau menambah prinsip tersebut bukan sekadar agenda parti, tetapi sebahagian daripada asas Perlembagaan negara yang perlu dipertahankan dalam apa jua bentuk kerjasama.

Mengulas kedudukan parti komponen BN, Zahid memberi jaminan bahawa MCA dan MIC kekal bersama gabungan itu.

“Tidak timbul soal mereka keluar. Hubungan dalam BN masih kukuh,” katanya.

Menurutnya, UMNO akan terus mengamalkan pendekatan fleksibel dalam menghadapi dinamika politik semasa, termasuk membuka pintu rundingan dengan mana-mana pihak selagi tidak bercanggah dengan prinsip utama parti.

Berita berkaitan
Onn Hafiz ubah jadual untuk hadir ke majlis bersama Loke
8 jam lalu· Isu semasa
BN hampir selesai rundingan kerusi, fokus kempen berteraskan dasar: Asyraf Wajdi
8 jam lalu· Politik
Onn Hafiz dan Loke bertemu selepas perang mulut politik
8 jam lalu· Isu semasa
Dikritik ‘katak’ politik, Zaid sasar kembali bertanding PRU atas tiket PAS
11 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
1 jam lalu · Politik
Hakim sifatkan skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terburuk dunia
1 jam lalu · Politik
Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial
1 jam lalu · Politik
PAS cadang perpaduan Melayu, tetapi tak mahu Hamzah dalam parti
11 jam lalu · Politik
PRN Johor: Anwar gesa pengundi pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
22 jam lalu
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok