Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.
UMNO Bahagian Kangar meluahkan rasa kecaman keras terhadap rakaman audio yang didakwa mengandungi ucapan mengaitkan Menteri Besar Perlis dengan kenyataan yang menjejaskan kredibiliti serta kewibawaan Institusi Raja negeri itu.
Dalam satu kenyataan media, UMNO Kangar menyifatkan isu audio tular tersebut amat serius kerana melibatkan kedudukan Tuanku Raja Perlis sebagai ketua agama Islam dan lambang perpaduan rakyat.
“Sekiranya hal ini benar, ia merupakan satu pelanggaran prinsip kesetiaan yang amat serius serta menyinggung maruah negeri dan rakyat,” tegas UMNO Kangar dalam kenyataan itu.
Ujarnya lagi, setiap pemimpin negeri wajib menjunjung tinggi kedaulatan Raja Perlis, dan apa-apa bentuk tindakan yang memperlekeh atau menyentuh kedudukan Baginda secara terbuka adalah tindakan biadab yang bercanggah dengan nilai Islam, adat Melayu, serta perlembagaan negeri.
UMNO Kangar juga menolak sebarang cubaan untuk menjadikan isu ini sebagai perebutan kuasa dalam parti Perikatan Nasional (PN) di peringkat negeri.
Sebaliknya, mereka berkata perkara yang menyentuh Institusi Raja mesti dipandang dengan penuh keseriusan dan disiasat secara menyeluruh.
“UMNO Kangar memandangnya dengan penuh serius dan akan berdiri teguh mempertahankan kemuliaan Baginda Tuanku,” jelas kenyataan itu.
Mereka turut menggesa pihak berkuasa agar menjalankan siasatan segera dan telus bagi menentukan ketulenan rakaman berkenaan serta mengambil tindakan sewajarnya tanpa kompromi.
Selain itu, UMNO Kangar menolak “budaya politik kotor, beremosi dan mencemarkan adab” yang boleh menimbulkan kebencian rakyat.
Mereka menyeru rakyat Perlis agar kekal beradab dan tidak terpengaruh dengan provokasi politik yang boleh menjejaskan keharmonian negeri.
Kenyataan yang ditandatangani Setiausaha UMNO Bahagian Kangar pada 19 Oktober 2025 itu menegaskan pendirian bahagian untuk terus setia kepada Institusi Raja, mempertahankan adab kepimpinan berteraskan Islam, serta menjunjung undang-undang tubuh negeri Perlis dan Perlembagaan Persekutuan.
“Setia kepada Raja, Beradab dalam Politik, #BersamaBinaSemula,” kata kenyataan itu lagi.
Lelongan tuala dan selipar Jamal raih RM66,000 untuk bayar saman
Guan Eng persoal kedudukan Azam Baki berhubung isu saham
Sayap Bersekutu Bersatu pula desak Hamzah dipecat
Rafizi ambil tindakan undang-undang baharu terhadap NFCorp dan pengarah: Laporan
Hamzah di Sydney, dijangka tak hadir lagi mengadap Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen