Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MIC akan diadakan pada 16 November ini tanpa menjemput Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi.
UMNO Kedah menganggap usul MIC Kedah untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) sebagai petanda jelas parti itu tidak lagi komited dengan perjuangan Barisan Nasional (BN).
Ketua Penerangan UMNO Kedah, Shaiful Hazizy Zainol Abidin, menyatakan pihaknya menerima keputusan MIC Kedah itu tetapi mengingatkan agar mereka konsisten dengan pilihan yang dibuat tersebut.
“BN Kedah tidak pernah gentar dengan perubahan politik. Sejarah membuktikan kami mampu terus teguh dan meraih mandat rakyat tanpa bergantung pada mereka yang memilih undur,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Shaiful menegaskan, MIC Kedah bebas membuat keputusan politik sendiri, tetapi memberi amaran jangan kembali pula menuntut kerusi mereka untuk bertanding dalam pilihan raya umum.
“Bila pintu keluar sudah dibuka, jangan nanti datang menuntut kembali kerusi, ruang atau keistimewaan dalam BN setelah mengangkat tangan menyokong lawan. Kesetiaan bukan barang mainan yang boleh ditarik balik sesuka hati.”
Beliau menambah, UMNO Kedah tidak akan merayu, berkompromi atau mengemis sokongan daripada mana-mana pihak yang sudah membuat pilihan berbeza.
“MIC Kedah pasti sudah buat kiraan politik sendiri. BN Kedah pula akan terus maju, bina kekuatan, dan jaga mandat rakyat tanpa perlu layan mereka yang sudah tak sehaluan,” tegas Shaiful.
Beliau melihat pemergian MIC sebagai peluang untuk BN bergerak lebih pantas dan fokus tanpa beban emosi.
Semalam, Pengerusi MIC Kedah, SK Suresh mengumumkan usul kerjasama dengan PN diluluskan, dengan keputusan muktamad terletak pada kepimpinan pusat pimpinan Presiden MIC, SA Vigneswaran.
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
Amanah cadang PH bentuk ‘khemah besar’ hadapi PRU-16, kerjasama dengan Bersatu
Hadi: Semua kerusi PAS wajib dipertahan pada PRU depan
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum