UMNO kembali kuat, rekod siri kemenangan PRK jadi sandaran: Mat Maslan

June 28, 2025 · Politik

Sejak berada dalam kerajaan perpaduan, Ahmad Maslan berkata UMNO kini sudah kembali kuat dan kembali mempunyai taring untuk berdepan pilihan raya umum (PRU).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata rakyat sudah kembali menyokong mereka dan menggunakan rekod siri kemenangan dalam pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini sebagai sandaran untuk menguatkan hujahannya.

“UMNO bukan tidak kuat sebagaimana yang diperkata sebaliknya UMNO silap pertaruhan dari segi memilih tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2022.

“Pada ketika itu kita masih berkuasa dan UMNO yang menjadi Perdana Menteri, namun disebabkan kita silap memilih tarikh, kita kalah ke laut yang paling dalam.

“Menerusi beberapa siri PRK iaitu PRK Nenggiri, Pelangai, Tioman, Ayer Kuning, Mahkota, semua kita menang dan itu menunjukkan kita masih kuat,” katanya semasa berucap ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bachok hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, semua jentera dan ahli diingatkan jangan patah semangat bagi berdepan PRU-16 nanti.

“Beberapa perkara perlu dilakukan UMNO di semua peringkat bagi mengembalikan kemenangan pada PRU-16 nanti.

“Antaranya perlu melakukan aktiviti bersama rakyat secara berterusan walaupun kecil, jentera di semua peringkat termasuk veteran perlu berpadu dan bergabung selain perlu memastikan emosi pengundi terkawal.

“Jika kita jaga beberapa elemen ini, insya-Allah momentum kita dalam keadaan terbaik dan akan memperoleh kemenangan pada PRU-16 nanti.

“Begitu juga di Kelantan walaupun UMNO tidak menang, namun kita jangan rasa merendah diri dan putus asa kerana tiada apa yang mustahil pada masa akan datang,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Dakwaan tawaran AS jatuhkan kerajaan: Polis terima 12 laporan terhadap Hadi
4 jam lalu· Politik
Tiada retak dalam hubungan PH-BN, kerajaan masih utuh: Chang Lih Kang
12 jam lalu· Politik
Zahid, Fahmi akan bawa isu PKD-NADI ke Kabinet sebulan lagi
14 jam lalu· Isu semasa
Zahid nafi KKDW terlebih belanja projek jalan luar bandar
14 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Mahfuz: PAS jangan jadikan syurga sebagai umpan undi
7 jam lalu · Politik
Bukit Aman hubungi Hadi dakwaan AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan Malaysia
9 jam lalu · Politik
PRN Melaka makin dekat, DUN bubar dua Jumaat lagi Rauf beri bayangan
11 jam lalu · Politik
AS nafi campur tangan, AMK desak Hadi tampil dengan bukti
11 jam lalu · Politik
Dakwa kuasa asing terlibat, kenapa tak lapor polis soal ketua AMK
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok