Wan Saiful Wan Jan.
Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, mengesahkan dipanggil Lembaga Disiplin parti itu berikutan isu pengumpulan akuan bersumpah (SD) yang dikaitkan dengan desakan perubahan kepimpinan.
Wan Saiful, yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor mengesahkan kesahihan mesej WhatsApp yang tular memaklumkan beliau dipanggil menghadiri sesi pendengaran Lembaga Disiplin hari ini.
“Bahagian tentang pengumpulan SD adalah benar, tetapi saya percaya pihak tertentu telah memutarbelitkan cerita tentang niat sebenar dan apa yang ingin dicapai,” katanya dipetik laporan media.
Wan Saiful berkata akan memberikan penjelasan kepada Lembaga Disiplin terlebih dahulu sebelum dapat mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
“Mengumpul SD (itu) betul. Yang itu saya rasa biar saya pergi Lembaga Disiplin dulu. Lepas itu baru saya boleh komen lanjut. Biar Lembaga Disiplin dulu dengar penjelasan,” tegasnya.
Menurut mesej yang tular, Wan Saiful disiasat di bawah Perkara 23 Perlembagaan Bersatu atas tuduhan terlibat dalam usaha mengumpul SD untuk mendesak peralihan kuasa daripada Presiden parti, Muhyiddin Yassin, kepada Timbalannya, Hamzah Zainudin.
“Saya rasa Lembaga Disiplin ini ada, saya pun tidak tahu siapa ahli Lembaga Disiplin. Harap di kalangan mereka (buat) pertimbangan yang rasional.
Kekecohan berlaku semasa ucapan dasar Muhyiddin di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu baru-baru ini yang mendakwa terdapat komplot untuk mengumpul tandatangan untuk menjatuhkannya.
Bagaimanapun, Perhimpunan Agung Tahunan parti itu kemudiannya berakhir dengan kedudukan Muhyiddin terjamin apabila perwakilan sebulat suara meluluskan resolusi untuk menamakannya sebagai calon pilihan Bersatu untuk jawatan perdana menteri.
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri