Warisan akan perangi rasuah jika bentuk kerajaan: Shafie Apdal

November 19, 2025 · Politik

Parti Warisan bertekad untuk melancarkan pembersihan besar-besaran terhadap gejala rasuah andai berjaya membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang.

Presidennya, Mohd Shafie Apdal, berkata usaha membanteras rasuah akan menjadi keutamaan utama bagi memastikan hala tuju pembangunan negeri yang kini dilihat semakin mundur dapat diperkasakan semula.

“Bukan sahaja dari segi hala tuju yang baik, kita mahu kerajaan yang bersih.

“Kerajaan yang dipercayai rakyat, bukan hanya berdasarkan slogan,” kata Shafie semasa sidang media sempena Ceramah Mega Parti Warisan hari ini.

Ujarnya lagi, usaha membanteras rasuah besar-besaran akan dibuat sehingga ke peringkat akar umbi meliputi semua agensi kerajaan negeri.

“Rasuah akan kita banteras dari atas sampai ke akar umbi, termasuk agensi kerajaan yang ada,” tambahnya lagi.

Selain fokus terhadap ketelusan pentadbiran, Shafie turut memberikan komitmennya untuk menyelesaikan isu pemberian tanah kepada rakyat Sabah dan mengakui terdapat banyak permohonan yang telah tertangguh puluhan tahun.

“Saya tahu banyak permohonan yang sudah lama, sampai 30 tahun. Kalau Warisan menjadi kerajaan, kita akan berikan geran dan tanah kepada orang-orang Sabah,” katanya lagi.

Sementara itu, Shafie juga memberithau manifesto parti tersebut yang dijangka menjadi teras kempen mereka akan dilancarkan secara rasmi pada 23 November ini.

Berita berkaitan
RCI Tabung Haji: Bekas pengerusi TH, KSP direman tujuh hari
7 jam lalu· Isu semasa
Bekas menteri dijangka didakwa rasuah esok, identiti belum didedahkan: Laporan
7 jam lalu· Isu semasa
Ismail Sabri bebas dengan jaminan RM300,000 dibayar anak
7 jam lalu· Politik
SPRM reman bekas Pengerusi dan KSP berkait RCI TH
11 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Tiada lesen judi baharu bawah Kerajaan MADANI, Sanusi jangan auta: MOF
August 27, 2026 · Politik
PKR Kedah: Sanusi jangan alih tiang gol, jawab isu lesen judi
7 jam lalu · Politik
RM14.7 juta, mata wang asing dan emas: Ismail Sabri didakwa
11 jam lalu · Politik
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
23 jam lalu · Politik
Kes pengisytiharan harta: Ismail Sabri akan didakwa esok
August 26, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok