X ambil langkah tingkat keselamatan, beri kerjasama baik: Fahmi

January 23, 2026 · Isu semasa

Kerajaan mengesahkan isu penyalahgunaan kecerdasan buatan Grok di platform media sosial X yang dikaitkan dengan penghasilan kandungan lucah telah ditangani, susulan tindakan pembetulan yang diambil oleh pihak platform berkenaan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata telah mengadakan pertemuan dengan wakil X dua hari lalu, sebelum platform itu mengemukakan dokumentasi rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mengesahkan langkah keselamatan yang telah dilaksanakan.

“Selepas MCMC meneliti dokumentasi tersebut, beberapa penambahbaikan dari segi keselamatan penggunaan aplikasi itu disahkan berfungsi. Apa yang dibangkitkan oleh orang awam sebelum ini tidak lagi berlaku,” katanya dalam sidang media mingguan hari ini.

Isu berkaitan Grok sebelum ini mencetuskan kebimbangan apabila pengguna mendakwa teknologi AI itu digunakan untuk menyunting dan menghasilkan kandungan berunsur lucah, yang kemudiannya tersebar luas dalam talian.

Aduan awam mendorong MCMC memanggil pihak X untuk mendapatkan penjelasan dan tindakan susulan.

Fahmi turut menjelaskan MCMC melaksanakan tanggungjawab pengawalseliaan berdasarkan dua undang-undang utama iaitu Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Keselamatan Dalam Talian 2025.

Menurut beliau, kerajaan juga sedang meneliti semula nilai ambang lapan juta pengguna bagi pemakaian Kod Amalan Keselamatan Dalam Talian (ONSA) ke atas platform media sosial.

“Ketika ini jumlah pengguna X di Malaysia adalah kurang daripada lapan juta, jadi ONSA belum terpakai.

“Namun kita dapati kemudaratan dalam talian boleh bermula di satu platform dan tersebar ke tempat lain. Sebab itu kita lihat ada keperluan untuk menilai semula ambang ini,” katanya.

Beliau menambah, sekiranya ONSA diperluaskan kepada platform seperti X pada masa hadapan, tindakan lebih tegas termasuk penalti kewangan boleh dikenakan jika berlaku pelanggaran, berbanding sekatan di bawah akta sedia ada.

Dalam pada itu, Fahmi menyambut baik sikap X yang bekerjasama dengan pihak berkuasa.

“Pihak X bersedia hadir, berbincang dan menunjukkan komitmen untuk mematuhi undang-undang negara.

“Saya percaya hubungan kerja antara kerajaan, khususnya MCMC, dan platform seperti X akan terus bertambah baik,” katanya.

Berita berkaitan
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
November 24, 2026· Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
November 24, 2026· Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
2 jam lalu· Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
2 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
2 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
10 jam lalu · Isu semasa
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
10 jam lalu · Isu semasa
Isu premis tutup solat Jumaat, Anwar tidak setuju kenyataan Ahli Parlimen
13 jam lalu · Isu semasa
GST belum sesuai dilaksana, kerajaan kekal SST: MOF
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok