Zafrul digesa letak jawatan menteri juga: Pemuda UMNO Selangor

June 3, 2025 · Politik

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz digesa meletak jawatan sebagai menteri juga susulan keputusannya keluar UMNO baru-baru ini, kata Pemuda Selangor.

Ketua Pemuda UMNO Selangor, Mohd Imran Tamrin berkata, lantikan Zafrul sebagai Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri sebelum ini adalah disebabkan kapasititnya sebagai pemimpin tertinggi parti.

“Kedudukan beliau dalam Kabinet sebelum ini adalah berdasarkan kapasitinya sebagai pemimpin tertinggi UMNO.

“Apabila keluar parti dan menyertai PKR, beliau seharusnya juga berundur daripada jawatan kerajaan,” katanya dipetik laporan media.

Jelasnya lagi, tindakan tersebut tidak seharusnya dijadikan teladan dan bukan satu duluan yang baik dalam amalan politik negara.

Justeru, Pemuda UMNO Selangor menggesa pucuk pimpinan UMNO supaya mempertahankan jumlah komposisi menteri dan timbalan menteri daripada parti itu dalam Kabinet.

“Kita mahu jumlah tujuh (7) menteri dan lima (5) timbalan menteri daripada UMNO dikekalkan.

“Ia penting bagi menjaga keseimbangan suara parti dalam kerajaan,” tegas Imran lagi.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Zafrul telah menghantar surat peletakan jawatan dalam UMNO untuk menyertai PKR.

Beliau juga mengesahkan bahawa surat peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT), Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO telah diserahkan kepada pucuk pimpinan parti.

Selain itu, Zafrul turut mengesahkan bahawa beliau telah menyatakan hasrat untuk menyertai PKR kepada Presiden, Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung, Dr Fuziah Salleh.

Berita berkaitan
Tiada perubahan kepimpinan Negeri Sembilan, Aminuddin kekal MB: PMX
10 jam lalu· Politik
Puad bidas DAP takut bubar DUN Negeri Sembilan
10 jam lalu· Politik
Rundingan jadi kunci redakan isu BN-PH di Negeri Sembilan: Zahid
April 30, 2026· Politik
Zahid tolak langkah ‘tebuk atap’ di Negeri Sembilan: Loke
April 30, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Konsert Air di Melaka tanpa DJ, Akmal gesa program di Bukit Bintang dihentikan
10 jam lalu · Politik
Sayap pemuda DAP desak pecat Tok Mat, dakwa jejaskan kestabilan kerajaan
April 30, 2026 · Politik
Keputusan 14 ADUN dihormati, namun sokongan kepada kerajaan Negeri Sembilan diteruskan
April 30, 2026 · Politik
Krisis Negeri Sembilan isyarat jelas UMNO mahu bertanding solo PRU-16: Rafizi
April 29, 2026 · Politik
Spekulasi ADUN UMNO kembali jadi Exco disangkal Jalaluddin
April 29, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok