Ahmad Zahid Hamidi.
Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak lama lagi, Ahmad Zahid Hamidi berkata kerjasama antara Barisan Nasional (Bn) dan Pakatan Harapan (PH) sudah dikunci sebagai rakan kongsi yang akan bekerja sebagai satu pasukan.
Kenyataan Presiden UMNO itu hadir susulan pengumuman oleh Pengerusi Gagasan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor semalam yang juga mengesahkan akan bekerjasama dengan PH dalam PRN Sabah nanti.
“Kita (BN) telah memuktamadkan perkongsian kolaborasi kita dengan PH, ertinya Barisan Nasional dan PH itu telah dikunci sebagai rakan kongsi di Pilihan Raya Negeri Sabah,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kerjasama antara BN dan PH dalam menghadapi PRN Sabah.
Zahid terdahulu meninjauan persiapan Mega Karnival 3 Dimensi 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.
Terdahulu, Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh mengesahkan proses rundingan pembahagian kerusi antara PH dan BN bagi menghadapi PRN Sabah sudah diselesaikan.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, keputusan itu dibuat antara BN-PH meskipun gabungan kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan GRS telah menjalin kesepakatan bersama.
“Walaupun PH dan GRS adalah satu kesepakatan bersama antara mereka yang telah juga dimuktamadkan dan tentunya kita akan terus membuka pintu kerjasama BN-PH dengan parti-parti ataupun gabungan-gabungan lain untuk negeri Sabah dan kita lakukan kemurnian di dalam PRN Sabah,” katanya LAGI.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi penggal ke-16 akan terbubar sendiri pada akhir Oktober depan kerana genap tempoh lima tahun.
Jika DUN terbubar sendiri pada akhir Oktober depan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai masa sehingga akhir Disember ini untuk mengadakan PRN Sabah ke-17.
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
PKR lapor polis isu sindiran ayat al-Quran oleh Eric See-To
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
Parlimen: 19 kes DNAA libatkan 12 ahli politik sejak 2010
PH umum calon PRN Melaka minggu depan
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum