Zaid Ibrahim puji langkah bijak Bersatu, Syed Saddiq tandatangan CSA dengan kerajaan

October 30, 2026 · Politik

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim yang kini menyertai PAS, memuji tindakan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyokong kerajaan MADANI selepas menandatnagani Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA).

Zaid berkata, walaupun kedua-dua pemimpin itu pernah lantang mengkritik Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada peringkat awal, mereka kini dilihat menyedari potensi kemenangan gabungan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Walaupun kedua-duanya sangat kritikal terhadap Anwar pada peringkat awal, mereka menyedari Anwar mungkin akan memenangi pilihan raya umum akan datang. Sentiasa bijak untuk menyokong pihak yang bakal menang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut meluahkan harapan supaya partinya sendiri memilih untuk menyokong Anwar, namun mendakwa parti berkenaan lebih cenderung memilih golongan muda yang disifatkannya sebagai pelajar berbanding pemimpin berpengalaman.

Zaid menggunakan perbandingan antara guru dan pelajar bagi menggambarkan pandangannya terhadap pilihan politik itu.

“Dalam keadaan lain yang sama, tidak perlu berfikir panjang kerana guru sentiasa menjadi pilihan berbanding pelajar,” katanya.

Kenyataan itu hadir ketika landskap politik negara menyaksikan perkembangan baharu susulan pemeteraian CSA yang bertujuan mengukuhkan sokongan terhadap pentadbiran Anwar di Parlimen.

Perjanjian itu turut mendapat perhatian apabila beberapa wakil rakyat pembangkang menyatakan sokongan terhadap usaha memperkukuh kestabilan politik dan memastikan kelangsungan pentadbiran kerajaan.

Zaid, yang pernah memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika pentadbiran Najib Razak, sebelum ini dikenali sebagai peguam dan tokoh politik yang lantang mengulas isu reformasi institusi serta hala tuju politik negara.

Penyertaannya dalam PAS turut menambah dimensi kepada pandangan politik beliau, khususnya ketika parti itu dan gabungan pembangkang berdepan persaingan untuk menentukan strategi menghadapi PRU akan datang.

Berita berkaitan
CSA perkukuh kestabilan politik negara: Zaliha
2 jam lalu· Politik
Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2027, perbahasan masuk fasa kedua
2 jam lalu· Isu semasa
PAS dakwa pihak lawan gerun penyatuan dengan BN, yakin menang Melaka
2 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Bersatu umum lapan calon, empat kerusi bertindih dengan PH
2 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: 189 borang penamaan calon dibeli, 45 calon bayar deposit
October 30, 2026 · Politik
CSA jadi landasan kerjasama politik demi rakyat: PMX
17 jam lalu · Politik
Sanusi bangga cakap Inggeris dialek Sik masih boleh jadi MB Kedah
17 jam lalu · Politik
Taufiq sambut baik CSA Kerajaan MADANI, ketengah budaya politik matang: Taufiq
17 jam lalu · Politik
Syed Saddiq tandatangan CSA, mahu reformasi segera sebelum PRU
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok