Zaiful Mohd Ariffin bakal pimpin Awani sebagai Ketua Pengarang baharu?

February 24, 2026 · Isu semasa

Lebih 24 jam selepas Ashwad Ismail diangkat sebagai Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, persoalan besar masih berlegar di kalangan warga media, siapakah yang bakal meneruskan keunggulan Astro Awani sebagai saluran berita 24 jam terkemuka negara?

Setakat petang Selasa, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Astro berhubung kekosongan jawatan Ketua Pengarang berkenaan.

Namun kami difahamkan, nama yang disepakati untuk meneruskan legasi kepimpinan editorial saluran berkenaan ialah Zaiful Mohd Ariffin, Pengarang Eksekutif yang kini menerajui Editorial Services & Business Development saluran berkenaan.

Zaiful bukan wajah baharu dalam dunia penyiaran Malaysia.

Beliau antara anggota pasukan perintis yang menubuhkan Astro Awani pada 2007 sebagai saluran berita dan hal ehwal semasa 24 jam pertama negara.

Sebelum itu, beliau berkhidmat di NTV7 selama enam tahun, bermula tahun 2000, sebelum dinaikkan pangkat sebagai Penolong Penerbit dan Penerbit.

Kerjaya Zaiful dalam industri media bermula di Bernama, di mana beliau merupakan wartawan berita am dan sukan sejak 1997, membuat liputan dalam pelbagai acara berprofil tinggi termasuk Sukan SEA, Sukan Komanwel, Piala Dunia Bawah 20 Tahun dan kejohanan badminton serta squash peringkat antarabangsa.

Di Astro Awani, beliau berkhidmat sebagai Pengarang Input Kanan sebelum dinaikkan pangkat sebagai Pengarang Eksekutif, dengan tanggungjawab merangkumi pengumpulan berita, pengeluaran, perancangan sumber, pemasaran kandungan dan pengkomersialan saluran.

Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak Astro setakat ini.

Berita berkaitan
Dewan Negara: MCMC pantau kontrak Astro demi lindungi pengguna
December 18, 2025· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
1.88 juta rakyat nikmati manfaat MySalam: Fahmi
11 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan tak kompromi perangi rasuah, SPRM terus diperkasa
June 11, 2026 · Isu semasa
J-KOM buat laporan polis terhadap Albert Tei buat kecoh di kementerian
June 11, 2026 · Isu semasa
Kadar pengangguran naik sedikit pada April: DOSM
June 11, 2026 · Isu semasa
Agong tarik balik gelaran ‘Tan Sri’ dianugerah kepada Isa Samad
June 11, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok