10 ajaran sesat masih aktif, JAKIM tingkat pemantauan

January 23, 2026 · Isu semasa

Sekurang-kurangnya 10 ajaran sesat dikenal pasti masih aktif dan berada dalam radar pemantauan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), termasuk yang mempunyai kaitan serta pengaruh dari luar negara.

Perkara itu mengesahkan ancaman fahaman songsang masih wujud dan terus berevolusi mengikut peredaran masa.

Ketua Pengarah JAKIM, Sirajuddin Suhaimee berkata, semua ajaran berkenaan dikesan beroperasi dalam negara dan dipantau secara berterusan dengan kerjasama pihak berkuasa agama negeri.

Menurutnya, ada kumpulan yang turut bergerak di luar Malaysia, sekali gus menyukarkan usaha pengesanan awal.

“Berdasarkan maklumat terkini, sekitar 10 ajaran sesat dikenal pasti aktif ketika ini. Semuanya berada dalam negara dan ada yang mempunyai rangkaian di luar,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Beliau menjelaskan, kebanyakan ajaran sesat lazimnya bermula di kawasan luar bandar sebelum menyusup masuk ke bandar untuk menarik lebih ramai pengikut.

Corak pergerakan itu juga tidak terikat dengan sempadan negeri kerana kumpulan terbabit akan beroperasi di lokasi yang dirasakan selamat.

“Ajaran ini bergerak secara senyap. Kadang-kadang amalan mereka nampak hampir sama dengan arus perdana, sebab itu proses pembuktian menjadi mencabar,” katanya.

Sirajuddin berkata, antara punca utama masyarakat mudah terpengaruh ialah keinginan mencapai tahap kerohanian tertentu secara cepat tanpa melalui proses pembelajaran agama yang betul. “Ada yang mahu ‘jalan pintas’ untuk sampai ke tahap lebih tinggi, di situlah mereka mudah terjebak,” jelasnya.

Beliau turut mendedahkan cabaran terkini apabila ajaran sesat tampil dalam bentuk lebih moden seperti program motivasi, pembangunan diri dan modul kerohanian.

“Luarnya nampak positif, tapi kandungannya membawa fahaman yang menyeleweng. Ini memang dalam perhatian kami,” katanya.

Mengulas pendekatan JAKIM, beliau menegaskan tindakan tegas semata-mata bukan penyelesaian mutlak.

“Pendekatan keras kadang-kadang membawa penolakan. Apa yang kita tekankan ialah mencegah, membetulkan yang terpesong dan mengelakkan orang ramai daripada terikut ajaran bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.

Beliau turut menasihatkan masyarakat agar tidak mudah terpengaruh dengan pandangan agama di media sosial.

“Bukan semua yang tular itu betul. Jika ragu, rujuk kepada JAKIM atau pihak berkuasa agama negeri,” katanya.

Dalam masa sama, JAKIM bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memantau kandungan digital mencurigakan.

“Kerjasama semua pihak penting untuk menyekat fahaman songsang dan memastikan maklumat yang sahih sampai kepada masyarakat,” katanya.

Berita berkaitan
Rekod 8 tahun kerajaan PH: Islam terus diperkasa di Negeri Sembilan, fakta vs mitos
July 28, 2026· Politik
Jangan nafikan pemimpin Melayu-Islam dalam PH: Fahmi
July 21, 2026· Politik
Mahfuz bidas PAS jadikan Islam perisai demi kepentingan politik
July 18, 2026· Politik
Selepas ‘ceraikan’ Bersatu, Hadi gesa orang Melayu mengundi pemimpin Islam pula
June 29, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
PRN NS: Waspada maklumat palsu menjelang hari pengundian
10 jam lalu · Isu semasa
Malaysia kini hanya 7.1 peratus lagi ke status negara berpendapatan tinggi
14 jam lalu · Isu semasa
38 Pusat undi awal PRN Negeri Sembilan ditutup
14 jam lalu · Isu semasa
560 kes kandungan memudaratkan berjaya diselesaikan MCMC
15 jam lalu · Isu semasa
SPRM jejak dokumen pelaburan KWAP di tiga negara
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
16 jam lalu
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
July 27, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok