130,307 penagih dadah direkodkan setakat Jun

October 5, 2026 · Isu semasa

Seramai 130,307 penagih dadah direkodkan di seluruh negara sehingga Jun lalu, dengan empat negeri menunjukkan kadar penyalahgunaan dadah melebihi nisbah nasional.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis mencatatkan kadar penggunaan serta penyalahgunaan dadah yang membimbangkan.

Menurutnya, nisbah nasional ketika ini ialah 381 kes bagi setiap 100,000 penduduk, namun kadar di empat negeri terbabit jauh lebih tinggi.

“Dalam 100,000 populasi, Terengganu mencatatkan 735 orang, Kelantan 694 orang, Kedah 669 orang dan Perlis 646 orang, semuanya mengatasi nisbah nasional,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Projek Siap bagi membina, meroboh dan menaik taraf Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Karak, hari ini.

Saifuddin berkata, berdasarkan profil penagih yang direkodkan, golongan berusia antara 15 hingga 39 tahun merupakan kumpulan paling ramai terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Dari segi tahap pendidikan pula, majoriti penagih mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke bawah.

“Kalau kita kait dengan pekerjaan, angka paling tinggi adalah tidak bekerja, diikuti bekerja sendiri dan ketiga bekerja swasta,” katanya.

Beliau berkata, dadah jenis **amphetamine-type stimulant (ATS)** atau dadah sintetik menjadi bahan terlarang paling banyak digunakan, merangkumi 84 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan.

Menurut Saifuddin, statistik berkenaan perlu dijadikan asas dalam merangka pendekatan lebih berkesan bagi menangani masalah penyalahgunaan dadah, khususnya membabitkan golongan muda.

“Data ini bukan sekadar angka, ia menghantar isyarat tersendiri. Sebab itu saya anjurkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) supaya program yang dirancang dan polisi yang dibuat harus berasaskan data,” katanya.

Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut terbuka untuk memperluas kempen kesedaran, kerjasama dan kolaborasi dengan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri.

Katanya, isu penyalahgunaan dadah memerlukan pendekatan menyeluruh kerana kesannya bukan hanya ditanggung individu, malah boleh memberi implikasi kepada keluarga dan masyarakat.

“Usaha menangani masalah dadah memerlukan kemahuan politik yang kuat dan kerjasama daripada semua pihak kerana isu tersebut bukan sekadar masalah individu, sebaliknya sudah menjadi masalah negara,” katanya.

Berita berkaitan
Dadah RM3.3 juta dirampas di Kuching, dua lelaki didakwa
October 9, 2026· Isu semasa
Kes dadah 521kg di Laos: Empat individu ditahan dalam serbuan di Subang
October 7, 2026· Isu semasa
Tahanan rumah Najib: Pihak pengampunan tentukan syarat
October 7, 2026· Politik
Seorang warga Malaysia ditahan di Laos, 521kg methamphetamine dirampas
October 6, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Lebih 400,000 peminjam PTPTN boleh tangguh bayaran
18 jam lalu · Isu semasa
Bekas pengetua rugi RM1.1 juta ditipu pelaburan palsu
18 jam lalu · Isu semasa
Raja Jordan lawat Malaysia dua hari mulai Ahad
18 jam lalu · Isu semasa
Gangguan penerbangan di Arab Saudi, warga Malaysia diminta berwaspada
18 jam lalu · Isu semasa
Jerebu: 15 kawasan catat IPU tidak sihat
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok