Tahanan rumah Najib: Pihak pengampunan tentukan syarat

October 7, 2026 · Politik

Syarat dan sekatan yang perlu dipatuhi Najib Razak jika menjalani baki hukuman melalui tahanan di rumah akan ditentukan oleh pihak berkuasa pengampunan.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu termasuk kawalan terhadap pergerakan, penggunaan kamera litar tertutup (CCTV), gelang elektronik serta kategori pelawat yang dibenarkan.

Beliau berkata, pelaksanaan tahanan di rumah susulan pengampunan bersyarat tidak boleh disamakan dengan perintah tahanan rumah yang dikeluarkan mahkamah kerana kerangka undang-undang khusus bagi tahanan rumah masih belum wujud.

“Bagi pengampunan bersyarat, apa-apa syarat berkaitan kawalan, pemantauan pergerakan, lawatan atau perkara lain adalah tertakluk kepada keputusan dan syarat yang ditetapkan serta prosedur pelaksanaan yang berkuat kuasa,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Menurut Saifuddin, sekiranya keputusan pengampunan bersyarat menetapkan seseorang banduan perlu berada di kediaman, aspek seperti lawatan, kawalan dan pemantauan pergerakan perlu diperincikan menerusi prosedur operasi standard (SOP).

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan secara khusus pihak yang dimaksudkan sebagai “pihak berkuasa pengampunan”, termasuk sama ada ia merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong atau Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.

Isu berhubung mekanisme tahanan di rumah kembali menjadi perhatian selepas keputusan pengampunan bersyarat terhadap Najib diumumkan. Antara persoalan yang timbul ialah bentuk pemantauan, penggunaan telefon, pergerakan keluar rumah serta siapa yang dibenarkan melawatnya.

Sebelum ini, beberapa pemimpin PH memberi gambaran keputusan membolehkan Najib menjalani baki hukuman di rumah dibuat melalui kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong.

Dalam kes SRC International, Najib masih perlu menjalani hukuman sehingga 23 Ogos 2028. Bagaimanapun, dia perlu melunaskan denda RM50 juta terlebih dahulu sebelum dibenarkan menjalani hukuman di rumah.

UMNO dilaporkan masih mengumpul dana bagi melunaskan denda berkenaan.

Ketika keputusan pengampunan diumumkan, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri memaklumkan Najib perlu mematuhi semua syarat ditetapkan dan boleh dihantar semula ke penjara jika gagal mematuhinya.

Namun, perincian syarat berkenaan masih belum diumumkan.

Saifuddin sebelum ini turut memaklumkan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Penjara masih menunggu maklumat terperinci berhubung pengampunan bersyarat itu daripada Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.

Peguam Negara, Dusuki Mokhtar pula dilaporkan berkata Jabatan Penjara akan menyediakan SOP bagi mengawal pelaksanaan tahanan di rumah berkenaan.

Berita berkaitan
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
October 10, 2026· Politik
130,307 penagih dadah direkodkan setakat Jun
October 5, 2026· Isu semasa
Saifuddin: Jangan buat kesimpulan awal insiden Shuhaily di KLIA
October 5, 2026· Isu semasa
Loke kekal pendirian berundur selepas Najib pulang ke rumah
October 4, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
22 jam lalu · Politik
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
22 jam lalu · Politik
PKR lapor polis isu sindiran ayat al-Quran oleh Eric See-To
October 10, 2026 · Politik
PN sasar lebih empat kerusi di Melaka hasil rundingan dengan UMNO: Tuan Ibrahim
October 9, 2026 · Politik
Adly kritik Akmal, dakwa main sentimen kaum dan agama
October 9, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok