14 lokasi dikenal pasti ‘hotspot’ gempa bumi, piawaian pembangunan diperketat

October 23, 2025 · Isu semasa

Sebanyak 14 kawasan di Malaysia telah dikenal pasti sebagai ‘hotspot’ atau lokasi berisiko mengalami gegaran gempa bumi, menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Johari Abdul Ghani.

Lokasi ini didedahkan bagi menangani kebimbangan umum mengenai keselamatan bangunan dan kesediaan negara dalam menghadapi ancaman geologi, terutamanya memandangkan Malaysia turut merasai kesan gegaran daripada gempa bumi yang berpusat di negara jiran seperti Indonesia dan Filipina dari semasa ke semasa.

Menurut Johari, 14 kawasan tersebut ialah Ranau dan Lahad Datu di Sabah; Niah di Sarawak; Bukit Tinggi dan Janda Baik di Pahang; Batang Kali dan Ulu Yam di Selangor; Kuala Pilah di Negeri Sembilan; Kenyir di Terengganu; Manjung dan Temenggor di Perak; serta Mersing, Segamat dan Batu Pahat di Johor.

Beliau menekankan pihak berkuasa kini mempunyai garis panduan khusus untuk pembangunan di kawasan berisiko.

“Mana-mana pihak pemaju yang mahu membuat pembangunan di sesuatu kawasan, perlu melihat kepada kawasan panas berkenaan dan merujuk kepada standard yang ada,” kaata Johari semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Rujukan utama tersebut adalah Malaysia National Annex to Eurocode 8 yang diterbitkan oleh Jabatan Standard Malaysia.

Piawaian ini memastikan aspek reka bentuk, tahap gempa, dan langkah mitigasi kejuruteraan yang bersesuaian diambil kira dalam pembinaan bangunan.

“Kita nak kumpul data-data ini, supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap negeri kita ini apabila dia nak meluluskan pembangunan dan sebagainya, kena merujuk kepada data geospatial,” jelas beliau lagi.

Inisiatif ini dilihat sebagai langkah proaktif kerajaan untuk menguruskan risiko bencana dengan lebih sistematik, memastikan keselamatan nyawa dan harta benda penduduk di kawasan yang dikenal pasti mempunyai sejarah atau potensi aktiviti seismik.

Berita berkaitan
Komuniti Sook didedah cara elak ancaman siber menerusi Karnival Internet Selamat
July 18, 2026· Isu semasa
Nik Nazmi serah kepada SPRM siasat dakwaan pemindahan gajah ke Jepun
June 21, 2026· Isu semasa
Malaysia sedia bantu Filipina selepas dilanda gempa kuat: PMX
June 8, 2026· Isu semasa
Malaysia masih import minyak mentah, tak mampu jual kepada negara ASEAN: Johari
May 7, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Dua pembantu Najib diperintah bayar RM483,000 kepada pendakwah bebas
August 26, 2026 · Isu semasa
RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas pengerusi TH, bekas KSU Perbendaharaan
August 26, 2026 · Isu semasa
Kerajaan perketat kawalan platform e-dagang, terima aduan pengguna banyak: Fahmi
5 jam lalu · Isu semasa
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
7 jam lalu · Isu semasa
Pendakwah terkenal didakwa seleweng dana NGO RM13 juta
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok