1Malaysia Develoment Berhad (1MDB).
Kementerian Kewangan mengumumkan JP Morgan Chase bersetuju membayar RM1.4 bilion kepada kerajaan Malaysia sebagai penyelesaian terakhir semua tuntutan berkaitan skandal 1MDB.
Pada masa yang sama, sebuah unit JP Morgan di Switzerland didenda tiga juta franc Switzerland (RM15.7 juta) oleh pihak berkuasa Switzerland kerana peranannya dalam skandal kewangan tersebut.
Menurut Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG), JP Morgan (Switzerland) Ltd didapati gagal mengambil langkah yang mencukupi untuk mengawal urus niaga yang mencurigakan antara dua pengurusnya dengan syarikat Petrosaudi.
Urus niaga ini dilakukan antara Oktober 2014 dan Julai 2015, ketika terdapat sudah dakwaan penipuan berkaitan 1MDB.
Kementerian Kewangan Malaysia menegaskan penyelesaian RM1.4 bilion ini dibuat “tanpa pengakuan liabiliti” oleh JP Morgan.
“Perjanjian penyelesaian melunaskan semua tuntutan sedia ada dan potensi tuntutan serta mengikat kedua-dua pihak daripada sebarang tuntutan atau litigasi masa depan berkaitan 1MDB,” kata kenyataan itu.
Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk menghentikan semua prosiding undang-undang yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Skandal 1MDB merupakan salah satu skandal kewangan terbesar dalam sejarah Malaysia, yang melibatkan penyelewengan berbilion ringgit wang rakyat.
Kerajaan Malaysia sebelum ini telah memfailkan lebih 20 saman sivil untuk mendapatkan kembali aset yang hilang, termasuk terhadap JP Morgan (Switzerland) Ltd.
Denda oleh pihak Switzerland mengambil kira faktor kerjasama yang diberikan oleh JP Morgan dalam siasatan tersebut.
Penyelesaian ini diharapkan dapat membantu proses pemulihan aset negara yang masih berterusan.
1MDB: JP Morgan Switzerland bayar RM1.4 Bilion kepada Malaysia

Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
Isu premis tutup solat Jumaat, Anwar tidak setuju kenyataan Ahli Parlimen
Isu cip AI: Tiga syarikat Malaysia dikenakan sekatan AS
Turkiye belum sedia terima pelarian Rohingya
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan