2.4 juta pemandu tidak layak BUDI95 kerana lesen tidak aktif

September 24, 2025 · Isu semasa

Kira-kira 2.4 juta pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) di negara ini tidak layak untuk menerima subsidi petrol RON95 di bawah program Budi Madani RON95 (BUDI95) kerana lesen memandu mereka telah tamat tempoh melebihi tiga tahun dan berstatus tidak aktif.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menjelaskan daripada rekod terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sebanyak 15 juta CDL masih aktif.

Daripada jumlah itu, seramai 925,421 pemegang lesen yang tamat tempoh tidak melebihi tiga tahun masih layak menikmati harga petrol RON95 bersubsidi RM1.99 seliter.

“Menerusi pelaksanaan BUDI95 oleh Kementerian Kewangan, syaratnya adalah lesen memandu mesti sah.

“Lesen yang masih aktif ini termasuklah yang belum diperbaharui sehingga tiga tahun dan masih dianggap sebagai aktif dalam sistem kami. Golongan ini masih layak mendapat subsidi,” jelas Loke semasa satu sidang media khas hari ini.

Beliau menekankan mana-mana lesen yang tidak diperbaharui lebih daripada tiga tahun dikira tidak aktif dan pemiliknya secara automatik tidak layak untuk manfaat BUDI95.

Loke turut menyeru kepada semua pemegang CDL yang masih aktif, termasuk mereka yang lesennya tamat tempoh dalam tempoh tiga tahun, agar segera memperbaharui lesen masing-masing.

Tindakan ini bagi mengelak daripada diwajibkan menduduki semula Ujian Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) Bahagian 2 dan 3, yang merupakan keperluan untuk lesen yang telah tamat tempoh melebihi tiga tahun.

“Sejak pengumuman BUDI95 pada 22 September lalu, JPJ telah merekodkan sebanyak 26,991 transaksi pembaharuan CDL melalui pelbagai saluran seperti aplikasi MyJPJ, mySikap, kiosk dan kaunter JPJ,” katanya lagi.

Program BUDI95 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menawarkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter untuk warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang memiliki lesen memandu sah, bermula 30 September ini dengan had 300 liter sebulan.

Berita berkaitan
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
3 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
October 24, 2026· Isu semasa
PMX: Tiada campur tangan dalam siasatan Zetrix AI, FELDA
October 20, 2026· Isu semasa
ECRL mula operasi Disember, tiket ekonomi diskaun 30 peratus: Loke
October 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
3 jam lalu · Isu semasa
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
3 jam lalu · Isu semasa
Tok Mat persoal keberkesanan UNHCR urus pelarian Rohingya
3 jam lalu · Isu semasa
Tanah LTAT RM420 juta dijual kepada AS melalui tender: Khaled Nordin
3 jam lalu · Isu semasa
Pengguna Waze dedah paparan data yang disimpan, cetus persoalan privasi
October 25, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok