Tanah LTAT RM420 juta dijual kepada AS melalui tender: Khaled Nordin

October 26, 2026 · Isu semasa

Penjualan tanah milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di Ampang Hilir kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS) bernilai RM420 juta dilaksanakan melalui proses tender dan bukan dibuat secara sewenang-wenangnya, kata Khaled Nordin.

Menteri Pertahanan itu berkata transaksi itu dibuat mengikut dasar, prosedur serta tadbir urus LTAT, selain mematuhi peruntukan undang-undang berkaitan.

Menurutnya, beberapa syarikat menyertai proses tender bagi mendapatkan hak pajakan tanah berkenaan, sebelum kerajaan AS dipilih sebagai pihak berjaya.

“Memang ada tender, beberapa syarikat telah masuk dan AS telah berjaya,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2027 bagi Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat.

Khaled menjelaskan, urus niaga itu membabitkan pembelian hak pajakan oleh kerajaan AS bagi membina kedutaan baharu negara itu di Ampang Hilir, bukannya pemindahan hak milik tanah.

Beliau berkata status tanah berkenaan kekal sebagai tanah pajakan, manakala pemilikannya masih di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

“Maknanya AS beli pajakan. Penjualan itu juga sebahagian daripada usaha mengimbangi semula portfolio aset LTAT,” katanya.

LTAT merupakan institusi yang menguruskan simpanan dan pelaburan anggota Angkatan Tentera Malaysia serta menyediakan manfaat persaraan kepada anggota tentera.

Dalam perkembangan berasingan, Khaled berkata Kementerian Pertahanan memandang serius perkembangan ketenteraan di Pulau Balabac, Filipina, yang terletak berhampiran Sabah.

Beliau berkata peningkatan kehadiran serta keupayaan ketenteraan Filipina dengan sokongan AS berpotensi mencetuskan ketegangan antara kuasa besar di kawasan geografi yang kecil dan sempit.

Menurutnya, ketegangan berpanjangan atau konflik di kawasan itu berisiko merebak ke wilayah berhampiran termasuk Sabah, meskipun Malaysia tidak terbabit secara langsung.

“Kita memberi jaminan kementerian sentiasa memantau perkembangan itu dan mengkaji implikasinya terhadap pertahanan negara.

“Kerajaan juga terus memperkukuh kehadiran dan postur pertahanan di Sabah merangkumi aspek darat, laut dan udara,” katanya.

Kebimbangan terhadap perkembangan itu timbul susulan kerjasama pertahanan Filipina dan AS yang menyaksikan peningkatan pembangunan kemudahan ketenteraan, termasuk di Pulau Balabac, Palawan.

Pulau berkenaan terletak kira-kira 50 kilometer dari Pulau Banggi di Sabah, sekali gus menjadikan perkembangan keselamatan di kawasan itu penting kepada kepentingan pertahanan Malaysia.

Berita berkaitan
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
October 26, 2026· Isu semasa
Zahid nafi belanja KKDW terlebih RM2.1 bilion
October 26, 2026· Politik
BN letak calon di DUN Sg Udang bukti tolak Wawasan: Puad
6 jam lalu· Politik
MCA tidak puas hati, dakwa UMNO ketepikan rundingan kerusi di Melaka: Laporan
8 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
October 26, 2026 · Isu semasa
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
October 26, 2026 · Isu semasa
Tok Mat persoal keberkesanan UNHCR urus pelarian Rohingya
October 26, 2026 · Isu semasa
Pengguna Waze dedah paparan data yang disimpan, cetus persoalan privasi
22 jam lalu · Isu semasa
Fahmi umum bantuan untuk dua wartawan kemalangan
October 25, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok