Jerebu.
Sebanyak 20 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 9 pagi ini, dengan Sri Aman, Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi.
Data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS) menunjukkan Sri Aman merekodkan IPU 195, menghampiri tahap sangat tidak sihat.
Ia diikuti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian dengan bacaan 173, Sarikei (153), Miri (120) dan Kuching (114).
Di Selangor, tiga kawasan turut merekodkan bacaan tidak sihat iaitu Johan Setia dengan IPU 154, Shah Alam (152) dan Petaling Jaya (130).
Keadaan sama turut berlaku di Kuala Lumpur apabila Cheras merekodkan bacaan 159, manakala Batu Muda mencatatkan 152.
Di utara Semenanjung, tiga kawasan di Pulau Pinang turut berada pada tahap tidak sihat. Seberang Perai merekodkan bacaan 157, diikuti Minden (156) dan Seberang Jaya (152).
Kedah pula merekodkan bacaan 152 di Sungai Petani dan 103 di Alor Setar.
Sementara itu, tiga kawasan di Perak turut terjejas dengan Taiping mencatatkan IPU 155, Tasek Ipoh (137) dan Seri Manjung (113). Seremban, Negeri Sembilan pula merekodkan bacaan 108.
Secara keseluruhan, 46 kawasan lain berada pada tahap sederhana, manakala hanya satu kawasan mencatatkan kualiti udara baik.
Tiada kawasan merekodkan bacaan pada tahap sangat tidak sihat atau berbahaya setakat jam 9 pagi.
Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.
Jerebu yang melanda beberapa kawasan ketika ini turut menjejaskan jarak penglihatan, termasuk pemandangan di sekitar Kuala Lumpur.
Perkembangan itu menjadikan kualiti udara sebagai antara perkara yang perlu diberi perhatian, terutama kepada golongan berisiko sekiranya bacaan IPU terus meningkat.
Gempa 3.4 magnitud gegar Temenggor
RCI Tabung Haji: Bekas pengerusi TH, KSP direman tujuh hari
Bekas menteri dijangka didakwa rasuah esok, identiti belum didedahkan: Laporan
Banjir Nepal: Kerajaan giat kesan 54 rakyat Malaysia
SPRM reman bekas Pengerusi dan KSP berkait RCI TH
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri