21 DUN di Negeri Sembilan berdepan saingan tiga penjuru, 103 calon sah bertanding

July 18, 2026 · Politik

Sebanyak 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan menyaksikan saingan tiga penjuru selepas proses penamaan calon selesai pada Sabtu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ramlan Harun berkata, daripada keseluruhan kerusi yang dipertandingkan, 11 DUN melibatkan pertandingan dua penjuru, manakala masing-masing dua kerusi menyaksikan pertandingan empat dan lima penjuru.

“SPR telah menerima dan mengesahkan sebanyak 103 kertas penamaan calon yang layak bertanding bagi PRN Negeri Sembilan Ke-16.

“Kesemua kertas penamaan calon yang diterima telah disahkan layak selepas proses penamaan calon selesai dijalankan di lapan pusat penamaan calon di seluruh Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, daripada 103 calon yang bertanding, Pakatan Harapan (PH) mengemukakan 36 calon, diikuti Barisan Nasional (BN) dengan 25 calon, Parti Bersatu seramai 24 calon dan Perikatan Nasional (PN) sebanyak 11 calon.

Selain itu, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Orang Asli Malaysia (Asli) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masing-masing meletakkan seorang calon, manakala empat lagi bertanding sebagai calon Bebas.

Ramlan berkata, susulan pengesahan semua pencalonan, PRN Negeri Sembilan kali ini menyaksikan pertandingan pelbagai penjuru dengan saingan tiga penjuru menjadi bentuk pertandingan paling dominan.

PRN Negeri Sembilan diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 28 Jun lalu bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri.

Berita berkaitan
Fahmi: Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat
July 26, 2026· Politik
14 kertas siasatan dibuka sepanjang kempen PRN Negeri Sembilan
1 jam lalu· Politik
BN tidak kompromi isu perkauman walau ada kerjasama politik: Zambry
1 jam lalu· Politik
Kempen masuk minggu kedua, Aminuddin fokus dekati pengundi seramai mungkin
1 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Fahmi: Politik sepatutnya menyatupadukan rakyat, tindakan pemimpin PAS dikritik
12 jam lalu · Politik
Selepas BN enggan kongsi manifesto, PN tampil dengan tawaran sendiri
12 jam lalu · Politik
Aminuddin dakwa manifesto BN tiru tawaran PH, salin dan tukar sahaja
12 jam lalu · Politik
BN-PN tak tergesa-gesa bentuk gabungan, UMNO berhati-hati dengan PAS
12 jam lalu · Politik
Muhyiddin jangka kerjasama BN-PN sukar bertahan
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
17 jam lalu
[VIDEO] Zahid: Elok Sanusi balik Kedah, tak perlu lagi berkempen di NS
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok