27 barangan dikawal sempena Aidilfitri

March 10, 2026 · Isu semasa

Kerajaan menetapkan sebanyak 27 barangan keperluan asas di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Aidilfitri 2026 bagi memastikan harga barangan kekal terkawal ketika permintaan meningkat menjelang perayaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali berkata skim itu akan berkuat kuasa selama 15 hari bermula 14 hingga 28 Mac ini di seluruh negara.

Menurutnya, jumlah barangan yang dikawal meningkat berbanding 26 barangan pada tahun lalu dengan penambahan satu item baharu iaitu kacang dal dari Australia.

“Bagi Semenanjung Malaysia, sebanyak 24 barangan disenaraikan di bawah skim ini dan majoritinya mencatatkan penurunan atau kekal pada harga maksimum yang ditetapkan,” katanya dipetik laporan media.

Beliau menjelaskan, sebanyak 13 barangan di Semenanjung merekodkan penurunan harga maksimum berbanding tahun lalu, manakala sembilan lagi kekal pada paras sama.

Hanya satu barangan iaitu cili merah mencatatkan kenaikan harga maksimum.

Antara barangan yang mencatat penurunan harga maksimum termasuk daging kerbau import dari India, sawi hijau, lobak merah dari China, bawang kuning besar, bawang merah, bawang putih dari China, kentang dari China, halia tua import, cili kering keriting, kelapa biji, kelapa parut serta santan kelapa.

Di Sarawak pula, 11 barangan menunjukkan penurunan harga maksimum manakala tiga barangan mencatatkan kenaikan iaitu kelapa biji, kelapa parut dan santan kelapa. Bagi Sabah, sebanyak 12 barangan mencatatkan penurunan harga maksimum dan tiada barangan yang mengalami kenaikan harga.

Armizan berkata secara keseluruhan, pelaksanaan skim tahun ini menunjukkan trend harga yang lebih stabil berbanding tahun lalu.

“Alhamdulillah, tahun ini bukan sahaja kita dapat meneruskan skim harga maksimum sempena Aidilfitri, malah sebahagian besar harga siling berjaya diturunkan atau dikekalkan,” katanya.

Beliau menambah, kenaikan yang berlaku hanya melibatkan beberapa barangan tertentu yang dipengaruhi faktor bekalan luar negara serta keadaan cuaca.

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan diperkenalkan kerajaan bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga tidak munasabah ketika musim perayaan, selain memastikan bekalan barangan mencukupi di pasaran.

Pelaksanaan SHMMP Aidilfitri 2026 dikuatkuasakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, yang memberi kuasa kepada kerajaan menetapkan harga siling bagi barangan tertentu sepanjang tempoh skim berkenaan.

Berita berkaitan
Lebih 1,500 warga Papar sertai kempen Internet Selamat
August 22, 2026· Isu semasa
Mekanisme subsidi diesel bakal ditambah baik: Armizan
August 22, 2026· Isu semasa
Seleweng 5,808 liter diesel, lelaki Myanmar dipenjara enam bulan
July 8, 2026· Isu semasa
Bekalan bahan api cukup hingga Ogos, harga barangan terus dipantau
June 29, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
3 jam lalu · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
16 jam lalu · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
20 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
20 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok