Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 membabitkan anggota tentera, polis dan pasangan masing-masing selesai hari ini selepas semua 38 pusat mengundi awal di seluruh negeri ditutup sepenuhnya pada jam 5 petang.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ramlan Harun berkata SPR menyasarkan sekurang-kurangnya 90 peratus daripada keseluruhan 16,467 pengundi awal yang mengundi secara fizikal menunaikan tanggungjawab mereka.
“SPR menyasarkan sekurang-kurangnya 90 peratus daripada 16,467 pengundi awal terdiri daripada anggota tentera dan polis serta pasangan masing-masing, keluar mengundi hari ini,” katanya pada sidang media, hari ini.
Pusat mengundi mula dibuka seawal jam 8 pagi sebelum ditutup secara berperingkat mengikut lokasi dan jumlah pemilih berdaftar yang ditetapkan SPR.
Sebanyak 20 pusat mengundi ditutup lebih awal pada jam 12 tengah hari dan 2 petang, manakala baki pusat mengundi ditutup pada jam 5 petang.
Berdasarkan peratusan keluar mengundi yang dikeluarkan SPR setakat jam 3 petang, seramai 14,651 pengundi awal atau 88.97 peratus sudah menunaikan tanggungjawab mereka.
Jumlah itu meliputi 9,827 anggota tentera dan pasangan serta 4,824 anggota polis bersama pasangan masing-masing.
Keseluruhan pengundian awal PRN Negeri Sembilan melibatkan 22,339 pemilih.
Daripada jumlah itu, 16,467 orang mengundi secara fizikal, terdiri daripada 11,293 anggota tentera dan pasangan serta 5,174 anggota polis dan pasangan, manakala selebihnya mengundi secara pos.
PRN Negeri Sembilan Ke-16 menyaksikan persaingan 103 calon bagi merebut 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pengundian bagi 867,151 pengundi biasa dijadual berlangsung pada Sabtu ini, sekali gus menentukan kerajaan negeri yang akan mentadbir Negeri Sembilan untuk tempoh lima tahun akan datang.
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum