Polis KL tidak membenarkan perhimpunan bantah rumah ibadat.
Tujuh individu telah ditahan oleh pihak polis kerana disyaki menyebarkan video dan kenyataan berunsur hasutan, ugutan, serta penghinaan terhadap pemimpin negara di platform media sosial TikTok dan Facebook.
Kesemua tangkapan itu dibuat berhubung aktiviti yang didakwa berlaku dari 17 September hingga 5 Oktober lalu.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) yang menyiasat tujuh akaun media sosial berbeza.
Beliau menegaskan polis mengambil serius perkara ini dan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk provokasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam.
“Antara kes terbabit termasuk komen dan hantaran berbaur hasutan, penghinaan serta ugutan terhadap kerajaan dan pemimpin negara. Kes ini disiasat di bawah Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan, dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” kata Kumar dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau turut mendedahkan kesemua suspek telah direman antara satu hingga tiga hari untuk membantu siasatan.
Pemeriksaan rekod mendapati seorang suspek lelaki berusia 40-an mempunyai 19 rekod lampau berkaitan dadah, manakala seorang suspek lain berusia 60-an pernah disiasat sebelum ini di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
Di akhir kenyataan, Datuk M Kumar menasihati orang ramai agar sentiasa berhemah dan bertanggungjawab ketika menggunakan media sosial.
“Orang ramai dinasihatkan supaya berhemah dan bertanggungjawab ketika membuat sebarang kenyataan di media sosial bagi mengelak tindakan undang-undang,” tegasnya.
Dewan Rakyat diberitahu lebih 21,000 remaja hamil luar nikah sejak 2019
Pembinaan rumah ibadat perlu mengikut lunas perundangan, titah Agong
Majoriti pengguna RON95 guna bawah 200 liter sebulan: Anwar
MCMC berjaya tumpaskan sindiket Stesen Pangkalan Palsu di Johor
SPRM nafi laporan Bloomberg terhadap Azam Baki, sifatkan sebagai mengelirukan
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen