Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil merasmikan Kempen Internet Selamat (KIS) dengan Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Kota Kinabalu.
Seramai 756 orang pelajar Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Kota Kinabalu telah menyertai Kempen Internet Selamat (KIS) yang berlangsung di Dewan Citra, Inanam hari ini.
Program yang dirasmikan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil itu dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bertujuan meningkatkan kesedaran tentang keselamatan siber serta memupuk budaya penggunaan internet yang beretika dan bertanggungjawab dalam kalangan generasi muda.
Program tersebut memberikan tumpuan kepada isu-isu semasa seperti penipuan dalam talian, buli siber, bahaya perkongsian maklumat peribadi, serta penularan maklumat palsu.
Melalui pendekatan interaktif, para pelajar didedahkan kepada kaedah mengenal pasti risiko siber, memahami taktik manipulasi penipuan, dan menilai kesahihan sesuatu maklumat sebelum dikongsi.
Penekanan turut diberikan mengenai kepentingan mengamalkan sikap berhemah di media sosial.
“Kempen Internet Selamat mencerminkan usaha berterusan MCMC dalam memperkasakan masyarakat digital yang celik teknologi, beretika dan sejahtera di ruang siber,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak MCMC.
Kempen ini kini giat diperluas ke institusi pendidikan di seluruh negeri Sabah.
Sehingga Oktober 2025, daripada 4,734 institusi pendidikan yang telah menyertai kempen ini di peringkat kebangsaan, sebanyak 434 daripadanya adalah dari negeri Sabah.
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
Tiga maut dilanggar lori imigresen terbabas: Polis tahan dua pemandu
DUN Negeri Sembilan lulus belanjawan tambahan RM40.35 juta
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri