90% kandungan diminta turun dipatuhi penyedia platform: Nie Ching

March 2, 2026 · Isu semasa

Sebanyak 90 peratus daripada 115,161 permohonan untuk menurunkan kandungan media sosial telah dipatuhi oleh penyedia platform dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.

Menurut beliau, daripada jumlah keseluruhan itu, 103,986 kandungan diturunkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, sementara bagi kes di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 pula, 31 daripada 32 permohonan telah dipatuhi.

“Antara kandungan yang telah diturunkan sepenuhnya termasuk empat kes penipuan kewangan, enam kes gangguan berunsur lucah dan tiga kes kandungan sumbang.

“Selain itu, 10 daripada 11 kes gangguan berbentuk ugutan dan penghinaan serta lapan kes ucapan kebencian yang menjejaskan ketenteraman awam turut dipadam,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Suhaizan Kaiat (PH-Kulai) berhubung tahap pematuhan serta trend penurunan kandungan selepas dua bulan pelaksanaan Peruntukan Deeming.

Bermula 1 Januari lalu, semua penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial dengan sekurang-kurangnya lapan juta pengguna di Malaysia dianggap berdaftar sebagai pemegang Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi [ASP(C)] di bawah Seksyen 46A akta berkenaan.

Langkah ini diperkenalkan sebagai sebahagian usaha kerajaan memperkukuh kawal selia ruang digital susulan peningkatan kes penipuan dalam talian, buli siber dan kandungan sensitif melibatkan isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja).

Ujarnya, kadar pematuhan setakat ini amat menggalakkan, namun masih terlalu awal untuk melihat sama ada terdapat penurunan ketara kandungan berkaitan 3R dan ucapan kebencian.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan terus memantau perkembangan ini dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Menjawab isu bidang kuasa rentas sempadan, beliau menjelaskan syarikat media sosial asing diwajibkan melantik wakil tempatan sebagai syarat pelesenan.

Setakat ini, lima pemegang lesen termasuk Meta Platforms yang mengendalikan Facebook dan Instagram, X Corp, Google, Telegram Messenger dan TikTok telah mematuhi keperluan tersebut.

“Pelantikan wakil tempatan membolehkan kerajaan mengambil tindakan undang-undang, termasuk pendakwaan atau saman sivil, dengan lebih berkesan,” katanya.

Berita berkaitan
192,869 kes scam, lebih RM7 bilion wang rakyat lesap
7 jam lalu· Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
22 jam lalu· Isu semasa
Bukan kerajaan sebar dokumen pengampunan Najib, jangan buat tohmahan
November 24, 2026· Politik
Turkiye belum sedia terima pelarian Rohingya
November 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta
2 jam lalu · Isu semasa
Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM
2 jam lalu · Isu semasa
Infrastruktur digital negara perlu diperkukuh hadapi ancaman kuantum: Fahmi
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan pertimbang namakan jalan di KL sempena A Samad Said
5 jam lalu · Isu semasa
Ibu bapa wajib hadir ketika Bantuan Awal Persekolahan RM200 diagihkan
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
21 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok