Gagal tangani akaun palsu kerabat diraja, kerajaan teliti tindakan terhadap Meta: Fahmi

May 9, 2026 · Isu semasa

Kerajaan sedang meneliti tindakan termasuk dari sudut perundangan terhadap syarikat media sosial, Meta susulan kegagalan platform itu mengekang kewujudan akaun palsu yang menggunakan nama institusi Raja-Raja Melayu.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pihaknya telah memanggil wakil Meta untuk membincangkan isu tersebut selepas ribuan akaun palsu dikesan aktif terutama di Facebook.

“Kita sudah beri teguran kepada Meta, tetapi mereka seolah-olah tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu.

“Saya sangat kesal dengan kegagalan pihak pengurusan Facebook memahami bahawa institusi Raja-Raja di Malaysia adalah institusi penting yang termaktub dalam Perlembagaan dan wajib dihormati,” katanya selepas menghadiri Majlis Sumbangan Prasarana Sekolah dan Anugerah Pelajar Cemerlang Hang Tuah Jaya di Ayer Keroh, Melaka.

Menurut Fahmi, tindakan undang-undang masih dianggap sebagai pilihan terakhir, namun kerajaan kini hampir ke peringkat itu sekiranya Meta terus gagal memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Katanya, kerajaan sedang meneliti penggunaan Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) yang dijangka diwartakan dalam masa terdekat bagi menangani isu penyalahgunaan platform media sosial.

“Di bawah akta ini, terdapat peruntukan denda sehingga RM1 juta dan denda harian RM100,000 selain penalti yang boleh mencecah RM10 juta. Kita mahu platform seperti Facebook memastikan ruang digital lebih selamat untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Fahmi berkata, berdasarkan pemantauan MCMC dan aduan orang ramai, lebih 15,000 akaun palsu menggunakan nama 26 kerabat diraja dikesan antara Januari hingga Mei tahun ini.

Beliau turut mendedahkan lebih 230,000 kandungan di pelbagai platform media sosial telah diminta diturunkan setakat ini, dengan lebih 90 peratus daripadanya melibatkan unsur perjudian dalam talian dan penipuan.

Isu akaun palsu dan penyebaran kandungan penipuan di media sosial semakin mendapat perhatian kerajaan sejak kebelakangan ini, terutama apabila ia melibatkan penyamaran tokoh awam dan institusi negara.

Berita berkaitan
MCMC arah turunkan lebih 271,000 kandungan scam dan judi online
12 jam lalu· Isu semasa
MCMC perkukuh kerjasama banteras scam dalam talian dengan GASA: Fahmi
12 jam lalu· Isu semasa
Banyak akaun palsu digunakan untuk hasilkan kandungan 3R: Fahmi
15 jam lalu· Isu semasa
FINAS, TikTok Malaysia lancar Program Belia Kreatif
15 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia gesa perjanjian damai AS-Iran dipercepat: PMX
15 jam lalu · Isu semasa
Dana RM5 juta galak belia hasilkan karya kreatif, boleh mohon 1 Jun: Fahmi
15 jam lalu · Isu semasa
FOMCA gesa harga barang dipantau selepas subsidi diesel diperluas
May 23, 2026 · Isu semasa
Pengesahan umur pengguna akaun media sosial akan diwajibkan: Nie Ching
May 23, 2026 · Isu semasa
Tolak politik kebencian, Anwar seru rakyat pertahan perpaduan
May 23, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok