Ketua Penerangan Parti Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz.
Bersatu menyambut baik pelawaan UMNO untuk menerima ahli BERSATU yang dipecat atau digantung daripada parti itu menyertai gagasan Rumah Bangsa.
Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Azi berkata langkah itu lebih baik daripada membiarkan ahli yang dikenakan tindakan disiplin terus bergerak tanpa hala tuju atau menubuhkan parti baharu yang boleh memecahkan lagi sokongan orang Melayu dan Islam.
“Jika Asyraf Wajdi mahu menerima ahli Bersatu yang dihukum, ia dialu-alukan. Percuma, tidak perlu bayar yuran perpindahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, Tun Faisal secara sinis berharap kumpulan terbabit akan mematuhi disiplin dan perlembagaan parti selepas menyertai UMNO nanti.
“Mungkin mereka akan berubah atau mungkin juga mereka memerlukan parti yang membenarkan mereka melanggar perlembagaan dan memaki hamun presiden serta pimpinan parti setiap hari,” katanya lagi.
Isu itu tercetus susulan tindakan Lembaga Disiplin Bersatu yang memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan menggantung tujuh lagi wakil rakyat parti itu selama dua penggal pemilihan berkuat kuasa serta-merta.
Selepas tindakan itu diumumkan, Setiausaha Agung UMNO Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata parti berkenaan sedia menerima mana-mana ahli atau pemimpin Bersatu yang dikenakan tindakan disiplin untuk menyertai Rumah Bangsa tanpa syarat.
Dalam perkembangan sama, Tun Faisal menegaskan tindakan disiplin dalam Bersatu dibuat secara bebas mengikut perlembagaan parti tanpa campur tangan presiden atau Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).
Menurutnya, setiap ahli yang dikenakan tindakan diberi peluang membela diri, mengemukakan bukti dan membawa saksi sebelum keputusan dibuat.
“Selalunya mereka yang tidak membela diri sudah tahu bahawa Lembaga Disiplin mempunyai bukti dan kes yang kuat terhadap mereka,” katanya.
Beliau turut membandingkan proses disiplin Bersatu dengan tindakan beberapa parti lain sebelum ini yang didakwa dibuat terus melalui keputusan kepimpinan tertinggi parti.
Sejak beberapa bulan lalu, Bersatu dilihat sedang melalui proses pengukuhan dalaman apabila beberapa pemimpin dan wakil rakyatnya dikenakan tindakan disiplin susulan dakwaan melanggar perlembagaan serta etika parti.
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
Tahanan rumah Najib: Mahfuz persoal asas undang-undang pengampunan
RM50 juta belum dibayar, Najib masih tunggu proses tahanan rumah: Laporan
MB: Exco Negeri Sembilan masih sah, tidak perlu senarai baharu
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum