Tuanku Muhriz batal pelantikan semua Exco Negeri Sembilan

September 21, 2026 · Politik

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir membatalkan pelantikan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu dibuat selepas Baginda mendapati kesemua Exco terbabit telah memungkiri sumpah jawatan melalui tindakan dan kenyataan mereka pada 15 September lalu.

Menurut kenyataan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Azizi Mohamad Ali, tindakan itu dibuat berdasarkan Perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Peruntukan berkenaan menetapkan seseorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memegang jawatan selagi mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar.

“Dengan demikian, Duli Yang Maha Mulia telah menarik balik perkenan Baginda dan membatalkan pelantikan mereka sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, berkuat kuasa serta-merta,” menurut kenyataan itu.

Kesemua Exco terbabit sebelum ini mengangkat sumpah dan menandatangani ikrar taat setia pada 7 Ogos lalu sebelum dilantik menganggotai pentadbiran kerajaan negeri.

Mereka berikrar taat setia kepada Yang di-Pertuan Besar dan Institusi Diraja, selain bersumpah melindungi serta memelihara kedaulatan Perlembagaan Negeri Sembilan.

Azizi berkata, setiap individu berkenaan telah dimaklumkan mengenai pembatalan pelantikan melalui warkah.

Perkembangan itu berlaku ketika Negeri Sembilan berdepan pertikaian serius membabitkan kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 15 September lalu dikatakan menerima satu proklamasi berkaitan kedudukan Baginda.

Menteri Besar, Ismail Lasim sebelum ini mengesahkan keputusan berhubung proklamasi itu dibuat secara sebulat suara oleh semua Exco dalam mesyuarat pada 15 September.

Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara (AGC) kemudiannya berpandangan Menteri Besar dan Exco tidak mempunyai kuasa untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan Yang di-Pertuan Besar secara sepihak. AGC turut menyatakan kesahan serta kesan proklamasi itu perlu ditentukan melalui proses perlembagaan dan undang-undang yang sah.

Dalam perkembangan terbaharu itu, Menteri Besar kini perlu mempersembahkan senarai calon Exco baharu untuk pertimbangan dan perkenan Tuanku Muhriz mengikut Perkara XXXVIII(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

“Tuanku Muhriz menjangkakan Menteri Besar memastikan pentadbiran Negeri Sembilan diteruskan tanpa apa jua gangguan dan halangan menurut peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, dan supaya kepentingan rakyat sentiasa terpelihara,” menurut kenyataan itu.

Kesemua 10 Exco yang dilantik pada Ogos lalu terlibat dalam pembatalan pelantikan berkenaan.

Berita berkaitan
PRN Melaka: PH sedia jalan sendiri jika BN tak berminat kerjasama
September 21, 2026· Politik
Sheikh Umar: Sepatutnya Zahid patut letak jawatan, bukan Loke
13 jam lalu· Politik
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
13 jam lalu· Politik
Van polis ditempatkan di kediaman Najib mulai esok
21 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
G25 mahu rakyat tahu nasihat AG mengenai tahanan rumah Najib
13 jam lalu · Politik
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
14 jam lalu · Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
14 jam lalu · Politik
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
21 jam lalu · Politik
Najib kekal di Kajang selagi denda RM50 juta belum dibayar
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok