Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan dicadangkan supaya bertanding di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri akan datang susulan perkembangan politik semasa melibatkan Barisan Nasional (BN).
Cadangan itu disuarakan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sebagai respons terhadap pengumuman Pengerusi BN Johor, Onn Hafiz Ghazi yang mengesahkan gabungan berkenaan akan bertanding secara solo di semua 56 kerusi DUN Johor pada pilihan raya negeri nanti.
“Secara kesimpulannya, kita sudah masuk gelanggang sekarang. Pihak lain sudah umumkan mahu lawan 56 kerusi di Johor.
“Saya mahu cadangkan kepada pengerusi, kalau Johor mahu lawan 56 kerusi, Negeri Sembilan pun kita lawan 36 kerusi,” katanya
ketika berucap pada Konvensyen PH di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, hari ini.
Ahli Parlimen Seremban itu turut menyindir kemungkinan pembubaran DUN dilakukan serentak jika Johor mengambil langkah tersebut lebih awal.
“Kalau Johor bubar esok, Negeri Sembilan pun kita bubar esok,” katanya lagi yang disambut sorakan para perwakilan.
Untuk rekod, PH dan BN sebelum ini membentuk kerjasama politik di peringkat Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), namun beberapa kenyataan pemimpin kedua-dua gabungan kebelakangan ini dilihat memberi bayangan persaingan lebih terbuka menjelang pilihan raya negeri akan datang.
Negeri Sembilan ketika ini ditadbir PH yang memenangi majoriti mudah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 dengan sokongan kerjasama BN.
Kenyataan Loke itu dilihat mencerminkan kesiapsiagaan PH sekiranya landskap politik berubah dan pertandingan pelbagai penjuru berlaku pada masa depan.
Hina sahabat Nabi: Amanah persoal kenapa PAS tak pecat Zawawi
PKR Shah Alam dakwa hanya tiga AJK keluar parti, masih utuh
PAS pertimbang putuskan hubungan dengan Bersatu: Laporan
21 pemimpin cabang PKR Shah Alam umum keluar parti
Bersatu jawab kritikan PAS, tegaskan semua isu patut dibincang dalam gabungan
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi