Nik Nazmi dan Rafizi bertindak mengumumkan keputusan keluar PKR.
PKR mendakwa Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad masih terikat dengan bon parti bernilai RM10 juta selepas kedua-duanya didakwa menyertai parti lain sebelum mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing.
Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata parti mempunyai bukti menunjukkan Rafizi dan Nik Nazmi telah menyertai Parti Bersama Malaysia (MU) pada 17 Mei lalu berdasarkan rekod dalam laman web parti berkenaan.
Menurut beliau, tindakan itu boleh dianggap sebagai melompat parti lebih awal sebelum pengosongan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa dibuat sehari kemudian.
“Mereka mengatakan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai. Tetapi saya ada bukti bahawa mereka telah pun masuk parti baharu dengan ‘timestamp’ pada 17 Mei.
“Kalau ikut dasar dan perlembagaan parti, mereka sudah melompat parti terlebih dahulu sebelum mengosongkan kerusi mereka,” katanya dipetik laporan media.
Fuziah berkata, perkara itu kini sedang diteliti pasukan peguam PKR sebelum sebarang tindakan lanjut diputuskan oleh kepimpinan parti.
“Our legal advisors are advising us. Kita akan bincang dalam mesyuarat Biro Politik esok. Apa-apa tindakan akan diputuskan kemudian,” katanya lagi.
Kontroversi itu tercetus selepas Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan pengunduran mereka daripada PKR serta mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing pada Ahad.
Rafizi sebelum ini menjelaskan mereka tidak lagi tertakluk kepada bon RM10 juta kerana mengambil langkah mengosongkan kerusi terlebih dahulu sebelum keluar parti.
Bon berkenaan diperkenalkan PKR sebagai mekanisme menghalang wakil rakyat bertindak keluar parti atau menyokong pihak lain selepas dipilih atas tiket parti itu.
Rafizi merupakan bekas Timbalan Presiden PKR dan pernah mengetuai beberapa kempen reformasi parti, manakala Nik Nazmi pula antara pemimpin muda awal PKR yang pernah memegang portfolio sumber asli dan kelestarian alam dalam Kabinet Persekutuan.
Samsuri tandatangan watikah hanya selepas rundingan PAS-BN gagal: Marzuki
BN kekal solo, tak layan kerjasama dengan PAS atau Wawasan: Zahid
172 calon rebut 56 kerusi DUN Johor, saingan lima penjuru di tiga kerusi: SPR
Kempen PRN dipantau 24 jam, orang ramai diminta bantu bendung berita palsu: Fahmi
Calon ‘underdog’ PH lawan Onn Hafiz sedia beri saingan sengit di DUN Machap
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar