Amanah bidas PAS tak konsisten dalam isu mempertahankan Institusi Raja

May 22, 2026 · Politik

Naib Presiden Parti Amanah, Mahfuz Omar mendakwa PAS bersikap tidak konsisten dalam mempertahankan institusi Raja apabila hanya lantang mengecam pihak lawan politik, tetapi berdiam diri terhadap kenyataan pemimpin sendiri.

Menurut beliau, PAS dilihat cepat melabel pihak tertentu sebagai “derhaka” apabila isu berkaitan institusi Raja melibatkan musuh politik mereka.

Namun, katanya, keadaan berbeza apabila kenyataan hampir sama pernah dibuat Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

“Kalau PAS benar-benar ikhlas mempertahankan institusi Raja, mereka sepatutnya konsisten, bukan memilih siapa yang mahu diserang dan siapa yang mahu dilindungi,” katanya dalam satu kenyataan media.

Mahfuz berkata rakyat masih mengingati kenyataan Abdul Hadi sebelum ini yang menyebut bahawa titah Yang di-Pertuan Agong bukan penghalang kepada perubahan dalam sistem demokrasi dan perjalanan politik negara.

Beliau mempersoalkan mengapa PAS tidak mengecam presidennya sendiri susulan kenyataan itu, sedangkan parti berkenaan kini lantang menyerang pihak lain dalam isu yang dianggap mempunyai maksud sama.

“Mengapa tiada himpunan bantahan di depan Istana Negara ketika kenyataan itu dibuat? Mengapa ukuran ‘derhaka’ PAS berubah mengikut warna parti?” soalnya.

Kontroversi berkaitan kenyataan terhadap institusi Raja kembali menjadi perhatian selepas beberapa pemimpin politik pembangkang dan kerajaan saling berbalas kenyataan mengenai had kuasa dalam sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia.

Mahfuz menegaskan beliau tidak mempertahankan mana-mana individu, termasuk bekas pemimpin DAP, Tony Pua, mahupun Abdul Hadi.

Sebaliknya, beliau berkata isu sebenar ialah kejujuran dan konsistensi dalam politik.

Katanya, institusi Raja tidak sepatutnya dijadikan alat politik bermusim untuk meniup sentimen kebencian dan kemarahan rakyat demi meraih sokongan emosi orang Melayu.

“Malaysia ialah negara Raja Berperlembagaan. Institusi Raja mesti dihormati dan Perlembagaan juga perlu dijunjung,” katanya.

Berita berkaitan
Hina sahabat Nabi: Amanah persoal kenapa PAS tak pecat Zawawi
May 25, 2026· Politik
PAS pertimbang putuskan hubungan dengan Bersatu: Laporan
2 jam lalu· Politik
Bersatu jawab kritikan PAS, tegaskan semua isu patut dibincang dalam gabungan
20 jam lalu· Politik
DAP sokong cadangan bubar DUN Negeri Sembilan
20 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PKR Shah Alam dakwa hanya tiga AJK keluar parti, masih utuh
May 25, 2026 · Politik
21 pemimpin cabang PKR Shah Alam umum keluar parti
2 jam lalu · Politik
BN Johor kekal pendirian tanding semua kerusi PRN: Onn Gafiz
2 jam lalu · Politik
Isu agama dan kaum dimainkan Akmal beri beban kepada kerajaan: Rafizi
May 24, 2026 · Politik
Rafizi berisiko kalah kerusi Pandan sama seperti di Gombak: AMK Pulau Pinang
May 24, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok