MCMC arah turunkan lebih 271,000 kandungan scam dan judi online

3 jam lalu · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah meminta platform media sosial menurunkan sebanyak 271,472 kandungan berkaitan penipuan dan perjudian dalam talian sejak Januari hingga semalam, dalam usaha memperkukuh keselamatan digital negara.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, sebanyak 91 peratus daripada kandungan yang diminta untuk dipadam itu melibatkan aktiviti scam dan judi online yang semakin membimbangkan.

Menurut beliau, Facebook dikenal pasti sebagai platform utama bagi kandungan berunsur perjudian dan penipuan dalam talian.

“Sebanyak 81 peratus kandungan perjudian dalam talian dikesan di Facebook, manakala 58 peratus kandungan penipuan juga berada di platform sama,” katanya selepas majlis penutupan Inter-Agency Retreat on Combatting Online Scam 2026 di Kuala Lumpur hari ini.

Fahmi berkata, ancaman jenayah siber kini semakin serius apabila sindiket penipuan dipercayai menyebabkan rakyat Malaysia kerugian kira-kira RM2.7 bilion sepanjang tahun lalu.

Pada masa sama, beliau memaklumkan institusi perbankan berjaya menghalang kerugian lebih besar menerusi sistem keselamatan dalaman mereka.

“Saya dimaklumkan Bank Negara Malaysia bahawa bank-bank berjaya menyekat kira-kira RM1.2 bilion yang cuba dicuri oleh scammer tahun lepas,” katanya.

Beliau turut menjelaskan kerajaan bercadang menubuhkan jawatankuasa khas melibatkan agensi penguat kuasa, badan kawal selia, syarikat telekomunikasi dan institusi perbankan bagi menyelaras tindakan membanteras scam secara lebih agresif.

Katanya, jawatankuasa itu dijangka dibentuk dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas cadangan dibawa ke Jemaah Menteri.

Langkah itu dilihat penting susulan taktik penipuan digital yang semakin canggih, termasuk penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk memperdaya mangsa.

Pada majlis sama, Fahmi turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman antara MCMC dan Global Anti-Scam Alliance (GASA) bagi memperluas kerjasama antarabangsa dalam memerangi jenayah penipuan dalam talian.

Kerjasama itu memberi fokus kepada perkongsian kepakaran, pembangunan kapasiti dan usaha meningkatkan kesedaran awam mengenai ancaman scam digital yang semakin menular di negara ini.

Berita berkaitan
MCMC perkukuh kerjasama banteras scam dalam talian dengan GASA: Fahmi
3 jam lalu· Isu semasa
Banyak akaun palsu digunakan untuk hasilkan kandungan 3R: Fahmi
6 jam lalu· Isu semasa
FINAS, TikTok Malaysia lancar Program Belia Kreatif
7 jam lalu· Isu semasa
Dana RM5 juta galak belia hasilkan karya kreatif, boleh mohon 1 Jun: Fahmi
7 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia gesa perjanjian damai AS-Iran dipercepat: PMX
6 jam lalu · Isu semasa
FOMCA gesa harga barang dipantau selepas subsidi diesel diperluas
24 jam lalu · Isu semasa
Pengesahan umur pengguna akaun media sosial akan diwajibkan: Nie Ching
May 23, 2026 · Isu semasa
Tolak politik kebencian, Anwar seru rakyat pertahan perpaduan
May 23, 2026 · Isu semasa
Ahli politik tergelincir daripada perjuangan paling banyak mengeluh: PMX
May 23, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok