Pelaksanaan pasport baharu ditunda: JIM

May 26, 2026 · Isu semasa

Jabatan Imigresen menangguhkan pelaksanaan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu yang sebelum ini dijadual mula dikeluarkan pada 1 Jun ini.

Ketua Pengarah Imigresen Zakaria Shaaban berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan proses penyampaian perkhidmatan kepada rakyat berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Menurutnya, penangguhan berkenaan juga bertujuan memastikan pengalaman orang ramai ketika berurusan di pejabat imigresen kekal berada pada tahap terbaik.

“Orang ramai masih boleh memperbaharui PMA sedia ada seperti biasa dan pasport yang masih berkuat kuasa kekal sah digunakan sehingga tamat tempoh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebarang perkembangan lanjut mengenai tarikh baharu pelaksanaan pasport berkenaan akan diumumkan menerusi saluran rasmi Jabatan Imigresen dari semasa ke semasa.

Sebelum ini, Imigresen memaklumkan PMA generasi baharu itu bakal diperkenalkan mulai Jun sebagai langkah memperkukuh ciri keselamatan dokumen perjalanan negara.

Pasport baharu tersebut dilengkapi sebanyak 94 ciri keselamatan yang direka bagi mengelakkan pemalsuan dan penyalahgunaan dokumen. Antara teknologi digunakan termasuk elemen visual tersembunyi, hologram khas serta cetakan sinaran ultraungu (UV).

Selain itu, benang jahitan yang digunakan pada buku pasport turut mempunyai ciri keselamatan tersendiri bagi meningkatkan tahap ketulenan dokumen berkenaan.

Malaysia sebelum ini beberapa kali menaik taraf reka bentuk dan sistem keselamatan pasport susulan perkembangan teknologi pemalsuan dokumen antarabangsa.

Pasport Malaysia juga sering mendapat pengiktirafan sebagai antara pasport paling berkuasa di dunia kerana membolehkan rakyat negara ini memasuki banyak negara tanpa visa.

Penangguhan pengeluaran PMA versi baharu dijangka tidak menjejaskan urusan perjalanan rakyat kerana pasport sedia ada masih boleh digunakan seperti biasa sehingga tamat tempoh sah.

Berita berkaitan
Kawalan sempadan diperketat, 24,631 pelawat ditolak
October 22, 2026· Isu semasa
Saifuddin: Sistem pendaftaran UNHCR cetus masalah pengurusan pelarian
October 13, 2026· Isu semasa
Pelarian Myanmar dihantar pulang selepas saringan ketat
October 6, 2026· Isu semasa
Saifuddin: Jangan buat kesimpulan awal insiden Shuhaily di KLIA
October 5, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kempen Internet Selamat fokus penguatkuasaan keselamatan digital: Fahmi
2 jam lalu · Isu semasa
Industri kreatif sumbang RM130.7 bilion kepada ekonomi negara
2 jam lalu · Isu semasa
Pengurangan duti hiburan bukan galak hedonisme, jana ekonomi kreatif: Fahmi
2 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: 1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana dadah
4 jam lalu · Isu semasa
Shuhaily kembali ke PDRM, jawatan Ketua Pengarah AKPS kosong: Saifuddin Nasution
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok