Harga petrol, diesel turun mulai esok

May 27, 2026 · Isu semasa

Harga runcit petrol dan diesel di negara ini akan diturunkan bermula esok hingga 3 Jun susulan penyusutan harga pasaran minyak mentah dunia sejak minggu lalu.

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan harga petrol RON95 dikurangkan 15 sen kepada RM3.92 seliter berbanding RM4.07 sebelum ini, manakala RON97 turun 20 sen kepada RM4.65 seliter daripada RM4.85.

Harga diesel di Semenanjung Malaysia pula diturunkan 10 sen kepada RM4.87 seliter berbanding RM4.97 sebelum ini.

Menurut MOF, penurunan itu dibuat selaras dengan formula Mekanisme Harga Automatik (APM) selepas berlaku penyusutan purata harga petroleum di pasaran antarabangsa.

“Penurunan ini bagaimanapun tidak bermakna tekanan pasaran petroleum global telah reda sepenuhnya kerana ketidaktentuan susulan konflik di Asia Barat yang berlarutan masih berterusan,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.

MOF berkata, kerosakan terhadap kemudahan pengeluaran dan penapisan minyak di rantau Asia Barat turut memberi kesan kepada kestabilan bekalan global dan memerlukan tempoh panjang untuk dipulihkan.

Isu kenaikan harga bahan api terus menjadi perhatian rakyat sejak tahun lalu berikutan konflik geopolitik dunia yang menyebabkan harga minyak mentah global tidak stabil. K

erajaan sebelum ini memperkenalkan beberapa mekanisme subsidi bersasar bagi mengurangkan beban kos sara hidup, khususnya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Dalam kenyataan sama, kerajaan menegaskan subsidi bahan api masih diteruskan menerusi beberapa inisiatif termasuk program BUDI95 yang mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter kepada penerima layak.

Selain itu, harga diesel bersubsidi di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter, manakala harga di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi masing-masing dikekalkan pada RM2.05 dan RM2.15 seliter.

Menurut MOF, lebih 14 juta rakyat layak menerima manfaat subsidi RON95 menerusi BUDI95, dengan lebih 90 peratus penggunaan bahan api itu di negara ini melibatkan golongan penerima subsidi.

“Pada harga semasa RON95 tanpa subsidi RM3.92 seliter, penggunaan 200 liter sebulan akan menelan kos RM784. Ini bermakna kerajaan menanggung RM386 bagi setiap penerima yang menggunakan kelayakan penuh BUDI95,” katanya.

Kementerian itu berkata penerima program berkenaan hanya perlu membayar RM398 sebulan bagi penggunaan maksimum 200 liter.

Dalam pada itu, kerajaan turut mengingatkan rakyat supaya menggunakan bahan api secara berhemat dengan merancang perjalanan lebih cekap dan mengurangkan perjalanan tidak perlu bagi memastikan bekalan petroleum negara kekal mencukupi ketika pasaran global masih tidak menentu.

Berita berkaitan
CSA bukan tanda Bersatu sertai kerajaan, kekal pembangkang: Tun Faisal
3 jam lalu· Politik
Zaid Ibrahim puji langkah bijak Bersatu, Syed Saddiq tandatangan CSA dengan kerajaan
7 jam lalu· Politik
CSA perkukuh kestabilan politik negara: Zaliha
9 jam lalu· Politik
Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2027, perbahasan masuk fasa kedua
9 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
PMX arah isu e-dagang ditangani segera
2 jam lalu · Isu semasa
Dana Inovasi Media 2.0 diteruskan, lima skop pembiayaan ditawar: Fahmi
3 jam lalu · Isu semasa
PRN Melaka: SPRM buka bilik gerakan 24 jam, orang ramai boleh buat aduan
3 jam lalu · Isu semasa
MAPIM gesa tindakan tegas terhadap kempen kebencian susulan serangan di Kulai
3 jam lalu · Isu semasa
MCMC menang tuntutan RM15.32 juta terhadap MajuBina
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok