Majlis Syura Ulama teliti laporan penuh sebelum muktamadkan hubungan dengan Bersatu: Amar

May 28, 2026 · Politik

PAS belum membuat sebarang keputusan mengenai kedudukan hubungannya dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) dan perkara itu akan diputuskan selepas Majlis Syura Ulama meneliti laporan lengkap daripada kepimpinan gabungan berkenaan.

Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu ketika ini masih menunggu laporan rasmi daripada pemimpin PN sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

“Buat masa ini, kami masih menunggu laporan daripada pemimpin gabungan parti dalam PN. Sebaik sahaja laporan itu siap, ia akan dibentangkan kepada Majlis Syura untuk diperhalusi terlebih dahulu,” katanya dipetik laporan media.

Menurut Mohd Amar, Majlis Syura Ulama akan meneliti secara terperinci setiap perkara yang dibangkitkan sebelum membuat keputusan mengenai masa depan kerjasama PAS dan Bersatu dalam PN.

Kenyataan itu hadir ketika spekulasi mengenai hubungan kedua-dua parti semakin hangat diperkatakan selepas PAS dilaporkan mengadakan mesyuarat tergempar Ahad lalu bagi membincangkan beberapa isu berkaitan PN, termasuk kedudukan Bersatu dalam gabungan tersebut.

Mesyuarat yang berlangsung di Kuala Terengganu itu dipengerusikan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan turut dihadiri kepimpinan tertinggi parti termasuk Biro Politik serta Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat PAS.

Ketegangan antara PAS dan Bersatu dipercayai kembali memuncak selepas Abdul Hadi dilaporkan menyuarakan hasrat untuk menilai semula kerjasama dengan Bersatu.

Ia susulan beberapa tindakan parti itu yang didakwa tidak selari dengan semangat setiakawan dalam PN.

Berita berkaitan
Azmin nafi Bersatu akan kembali bersama PH
1 jam lalu· Politik
Radzi bidas fitnah disebar dakwa Bersatu akan bersama PH
20 jam lalu· Politik
Tun Faisal nafi Bersatu mahu sertai PH, bidas pihak cuba kaitkan Azmin
May 28, 2026· Politik
Hamzah dipecat kerana cetus perpecahan dalam Bersatu: Marzuki
May 27, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Hamzah nak letak jawatan pun takut… Kini nak umum parti baharu pula?
9 jam lalu · Politik
Akmal tempelak DAPSY desak bubar Parlimen bagi buat PRU awal
20 jam lalu · Politik
Rafizi akui parti baharu berdepan laluan sukar untuk bersaing
May 28, 2026 · Politik
DAPSY desak PRU diadakan serentak jika UMNO Johor bergerak solo
May 28, 2026 · Politik
Adakah Bersama akan senasib Pejuang? Aura Rafizi sahaja belum cukup untuk menang PRU
May 28, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok