Rafizi akui parti baharu berdepan laluan sukar untuk bersaing

May 28, 2026 · Politik

Rafizi Ramli menafikan dakwaan kononnya beliau membeli Parti Bersama dengan nilai RM8.5 juta seperti yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Bekas Menteri Ekonomi itu menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang sengaja dimainkan pihak tertentu untuk memburukkan imej parti baharu berkenaan.

“Jangan bimbang, kita serahkan kepada Allah. Adalah balasan kepada mereka satu hari nanti,” katanya menerusi hantaran video di media sosial hari ini.

Kontroversi mengenai Parti Bersama semakin hangat selepas beberapa pihak mempersoalkan proses pengambilalihan parti tersebut oleh Rafizi dan bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Parti Bersama sebelum ini kurang dikenali dan dianggap antara parti kecil yang tidak mempunyai pengaruh besar dalam politik arus perdana.

Dalam perkembangan sama, Rafizi mendedahkan pengasas Bersama yang dikenali sebagai Mr Tan menyerahkan parti itu kepada beliau dan Nik Nazmi dengan harapan ia dapat menjadi platform baharu untuk memperjuangkan nasib rakyat biasa.

“Mr Tan menangis masa serahkan parti ini kepada kami. Dia hanya minta jaga Bersama baik-baik dan supaya ia boleh bela rakyat biasa lebih baik daripada apa yang dia mampu buat sebelum ini,” katanya.

Rafizi turut mengakui Bersama mungkin berdepan nasib sama seperti beberapa parti kecil lain termasuk Pejuang, MUDA dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang bergelut mendapatkan sokongan besar dalam pilihan raya.

“Bersama akan jadi seperti Pejuang, MUDA dan PSM, menang kalah itu ketentuan Allah. Bersama tidak meletakkan kuasa dalam masa terdekat sebagai sasaran,” katanya.

Beliau berkata, keputusan beliau dan Nik Nazmi meninggalkan kedudukan serta pengaruh politik sebelum ini dibuat demi menyediakan platform politik yang lebih dekat dengan rakyat biasa dan memberi fokus kepada masa depan negara.

Menurut Rafizi, keahlian Bersama kini sudah melepasi 20,000 orang dan angka itu dicapai lebih awal daripada jangkaan awal parti berkenaan.

Katanya, Bersama mahu membawa pendekatan politik baharu yang lebih berani menentang kelompok berkepentingan yang didakwa terus menguasai sistem negara walaupun kerajaan silih berganti.

“Selama ini parti politik bertukar ganti tetapi tak ramai yang berani melawan kelas-kelas berkepentingan. Akhirnya sistem tetap sama,” katanya.

Sebagai langkah memperkukuhkan parti, Rafizi dan Nik Nazmi dijadual mengadakan jelajah ke seluruh negara bagi memperkenalkan 12 Agenda Bersama serta menjelaskan dasar dan hala tuju parti kepada rakyat.

Berita berkaitan
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
August 24, 2026· Politik
UMNO perlukan kuasa untuk ‘tikam belakang’, jadi perlu kekal dalam kerajaan: Puad
August 18, 2026· Politik
Kon Yeow minta Rafizi hormati keputusan DAP
August 17, 2026· Politik
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
August 16, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
RM14.7 juta, mata wang asing dan emas: Ismail Sabri didakwa
2 jam lalu · Politik
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
15 jam lalu · Politik
Kes pengisytiharan harta: Ismail Sabri akan didakwa esok
18 jam lalu · Politik
Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah
22 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji: Kerajaan tidak akan kompromi dan tindakan tegas diambil
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok