Kon Yeow minta Rafizi hormati keputusan DAP

August 17, 2026 · Politik

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Chow Kon Yeow meminta pengasas Parti Bersama, Rafizi Ramli menghormati keputusan perwakilan DAP untuk terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata pendirian itu sudah diputuskan melalui proses persidangan parti dan wajar dihormati semua pihak, termasuk mereka yang membuat penilaian dari luar DAP.

“Minta dia hormati DAP dan keputusan perwakilan. Itu fakta asas, bukan?” katanya ketika ditemui selepas melancarkan program penyertaan awam dan pemberitahuan awam bagi Pelan Struktur Pulau Pinang 2040 hari ini.

Kon Yeow mengulas kenyataan Rafizi sebelum ini yang mendakwa DAP tidak mungkin meninggalkan Kerajaan Perpaduan selepas parti itu mempunyai perwakilan besar dalam pentadbiran.

Rafizi berkata kedudukan DAP dalam kerajaan merangkumi menteri dan timbalan menteri, anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, wakil rakyat serta ahli majlis tempatan.

Menurut Rafizi, pengaruh dan kepentingan DAP dalam pentadbiran menjadikan langkah untuk keluar daripada Kerajaan Perpaduan sesuatu yang sukar dilakukan, terutama ketika wujud perselisihan dalam Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, keputusan Persidangan Kebangsaan DAP 2026 yang berlangsung semalam memberikan gambaran jelas mengenai pendirian majoriti perwakilan parti.

Seramai 1,857 perwakilan atau 88.2 peratus menyokong DAP terus kekal dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan, manakala 242 perwakilan atau 11.5 peratus memilih supaya parti itu meninggalkan Kerajaan Perpaduan.

Keputusan itu menjadi isyarat penting terhadap kedudukan DAP dalam kerajaan, khususnya ketika gabungan politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan berdepan pelbagai perbezaan pandangan mengenai hala tuju pentadbiran.

Kon Yeow menegaskan keputusan yang dibuat perwakilan perlu menjadi asas dalam menilai pendirian DAP, bukannya berdasarkan andaian atau tafsiran pihak luar.

Berita berkaitan
Parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu hormati mandat diberi rakyat: Azman Abidin
23 jam lalu· Politik
UMNO kekal hingga tamat penggal, PKR sambut baik: Saifuddin Nasution
24 jam lalu· Politik
Selepas berdegar-degar, Zahid umum UMNO kekal dalam Kerajaan Perpaduan
September 12, 2026· Politik
“Kalau kerajaan gagal, UMNO pun gagal” – Amanah
September 12, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Zahid mahu jadi PM? Selesaikan dulu isu integriti – AMK
5 jam lalu · Politik
Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan berkaitan kes aset TH
5 jam lalu · Politik
PAS tak perlu diuji, Sanusi bidas cadangan UMNO supaya lepaskan kerusi
6 jam lalu · Politik
Puad: Zahid mahu PRU-16 dipercepat kerana mahu jadi PM
16 jam lalu · Politik
Jangan jadi ‘imigresen’ syurga, Islam bukan milik PAS: Amanah Selangor
24 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok