Azmin nafi Bersatu akan kembali bersama PH

May 29, 2026 · Politik

Bersatu menafikan dakwaan parti itu sedang mengatur langkah untuk kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali berkata dakwaan mengenai kononnya wujud pertemuan serta rundingan antara pimpinan Bersatu dan PKR hanyalah fitnah yang sengaja dimainkan pihak tertentu.

Menurut beliau, penyebaran khabar angin itu dipercayai bertujuan menggugat perpaduan dalam Bersatu dan Perikatan Nasional (PN).

“Dakwaan ini tidak berasas dan sengaja dimainkan oleh pihak yang sudah muflis nilai perjuangan politik mereka. Ia juga cubaan untuk mengalih perhatian daripada kegagalan gerakan politik tertentu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan ahli dan penyokong parti supaya tidak mudah terpengaruh dengan berita yang tidak disahkan.

“Berhati-hati dengan kenyataan daripada pihak yang cuba memecahkan perpaduan Bersatu dan PN. Setiap berita perlu diselidik dan ditentusahkan terlebih dahulu,” katanya.

Kenyataan itu hadir ketika spekulasi mengenai kemungkinan perubahan jajaran politik kembali hangat diperkatakan susulan beberapa perkembangan dalam landskap politik negara sejak kebelakangan ini.

Bersatu yang diasaskan pada 2016 pernah menjadi sebahagian daripada PH sebelum keluar daripada gabungan itu pada 2020 menerusi kemelut politik yang dikenali sebagai Langkah Sheraton.

Parti itu kemudian bersama PAS dan beberapa parti lain membentuk PN.

Mengulas lanjut, Azmin mendakwa fitnah terhadap Bersatu semakin meningkat kerana parti itu terus mendapat sokongan rakyat termasuk golongan profesional.

Katanya, pengalaman kepimpinan parti termasuk bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, menjadi antara faktor keyakinan rakyat terhadap Bersatu.

“Pendekatan sederhana, inklusif dan dasar yang mengutamakan rakyat terus mendapat sokongan pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.

Beliau menegaskan Bersatu akan terus mempertahankan kerjasama dalam PN dan kekal dengan pendirian untuk memperkukuh gabungan tersebut bagi menghadapi cabaran politik semasa.

Berita berkaitan
Radzi bidas fitnah disebar dakwa Bersatu akan bersama PH
19 jam lalu· Politik
Tun Faisal nafi Bersatu mahu sertai PH, bidas pihak cuba kaitkan Azmin
May 28, 2026· Politik
Majlis Syura Ulama teliti laporan penuh sebelum muktamadkan hubungan dengan Bersatu: Amar
May 28, 2026· Politik
Hamzah dipecat kerana cetus perpecahan dalam Bersatu: Marzuki
May 27, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Hamzah nak letak jawatan pun takut… Kini nak umum parti baharu pula?
8 jam lalu · Politik
Akmal tempelak DAPSY desak bubar Parlimen bagi buat PRU awal
19 jam lalu · Politik
Rafizi akui parti baharu berdepan laluan sukar untuk bersaing
May 28, 2026 · Politik
DAPSY desak PRU diadakan serentak jika UMNO Johor bergerak solo
May 28, 2026 · Politik
Adakah Bersama akan senasib Pejuang? Aura Rafizi sahaja belum cukup untuk menang PRU
May 28, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok