Rafizi bebas pilih haluan politik sendiri: Akmal Nasrullah

May 30, 2026 · Politik

Bekas timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli bebas menentukan hala tuju politiknya termasuk menyertai parti baharu sekiranya itu dilihat sesuai untuk kelangsungan perjuangannya.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata ruang untuk mana-mana individu menyertai parti politik pilihan merupakan sebahagian daripada amalan demokrasi yang sudah lama diamalkan di negara ini.

Menurut beliau, setiap pemimpin mempunyai pendekatan dan pembawaan tersendiri dalam meneruskan perjuangan politik masing-masing.

“Saya yakin masing-masing ada ruang untuk terlibat dalam mana-mana parti politik mengikut pembawaan yang sesuai dengan pilihan mereka. Perkara ini menunjukkan komitmen kita untuk terus memperkukuhkan budaya politik yang lebih matang,” katanya dipetik laporan media.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengambilalihan parti Bersama oleh Rafizi bersama bekas naib presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Ketika ditanya sama ada beliau akan mengikut jejak Rafizi meninggalkan PKR, Ahli Parlimen Johor Bahru itu hanya tersenyum sebelum berseloroh dengan pihak media.

“Memang nakal reporter ni,” katanya sambil ketawa kecil tanpa memberikan jawapan lanjut.

Sebelum ini, Akmal sering dilihat sebagai antara pemimpin PKR yang rapat dengan kem Rafizi, terutama ketika pemilihan parti sebelum ini.

Walaupun tewas dalam perebutan jawatan Ketua Cabang PKR Johor Bahru tahun lalu, beliau masih mengekalkan kedudukannya dalam kepimpinan pusat sebagai ahli MPP.

Pada 17 Mei lalu, Rafizi dan Nik Nazmi dilaporkan mengambil alih parti Bersama, sebuah parti politik kecil yang didaftarkan pada 2 Disember 2016 di Georgetown, Pulau Pinang oleh pengasasnya, Tan Gin Theam.

Langkah itu mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai hala tuju politik Rafizi selepas beliau sebelum ini dilihat semakin menjauh daripada kepimpinan tertinggi PKR susulan beberapa perbezaan pandangan berkaitan parti dan kerajaan.

Berita berkaitan
Rakyat sudah nilai prestasi Rafizi yang tidak menyakinkan: AMK
May 30, 2026· Politik
Hamzah nak letak jawatan pun takut… Kini nak umum parti baharu pula?
May 29, 2026· Politik
Rafizi akui parti baharu berdepan laluan sukar untuk bersaing
May 28, 2026· Politik
Adakah Bersama akan senasib Pejuang? Aura Rafizi sahaja belum cukup untuk menang PRU
May 28, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Azmin nafi Bersatu akan kembali bersama PH
22 jam lalu · Politik
Radzi bidas fitnah disebar dakwa Bersatu akan bersama PH
May 28, 2026 · Politik
Akmal tempelak DAPSY desak bubar Parlimen bagi buat PRU awal
May 28, 2026 · Politik
Tun Faisal nafi Bersatu mahu sertai PH, bidas pihak cuba kaitkan Azmin
May 28, 2026 · Politik
Majlis Syura Ulama teliti laporan penuh sebelum muktamadkan hubungan dengan Bersatu: Amar
May 28, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok