Perpisahan PAS-Bersatu sudah dijangka apabila tiada keikhlasan: Zahid

June 9, 2026 · Politik

UMNO mendakwa keputusan PAS menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana perkembangan itu sudah dijangka berdasarkan corak hubungan yang dibina antara kedua-dua parti sebelum ini.

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkata sebarang kerjasama politik yang hanya bergantung kepada perjanjian semata-mata tanpa disertai keikhlasan dan kepercayaan yang kukuh sukar untuk bertahan dalam jangka panjang.

Menurutnya, perkembangan yang berlaku antara PAS dan Bersatu seharusnya dijadikan pengajaran oleh semua pihak sesebuah gabungan politik perlu diasaskan kepada komitmen yang tulen serta bebas daripada unsur pengkhianatan.

“Kami sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku. Kita bukan mendahului hukum Allah, tetapi ini adalah satu telahan dari sudut pandang politik di mana sebarang kolaborasi mesti dilingkungi dengan penuh keikhlasan dan tidak ada unsur-unsur pengkhianatan di dalamnya.

“Ini adalah satu ibrah atau pengajaran bahawa sebarang kolaborasi bukan hanya bersandarkan kepada sudut pandang politik semata-mata, tetapi harus dilihat dari segi pembangunan dan kesatuan sebuah negara bangsa,” katanya selepas menyempurnakan Sambutan Hari Pendidik Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Putrajaya, hari ini.

Kenyataan itu dibuat susulan pengumuman PAS pada malam tadi bahawa parti berkenaan menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan tersebut dibuat menerusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat selepas mengambil kira laporan, kajian serta penilaian semasa terhadap hubungan kedua-dua parti.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu turut memperakukan ketetapan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun lalu yang menilai aspek dasar, hukum dan maslahah dalam kerjasama politik PAS berasaskan prinsip penyatuan ummah.

Perkembangan itu menandakan berakhirnya hubungan politik yang pernah menjadi antara tunjang utama Perikatan Nasional (PN) sejak gabungan tersebut ditubuhkan selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada 2020.

Kerjasama PAS dan Bersatu sebelum ini memainkan peranan penting dalam pembentukan kerajaan Persekutuan serta beberapa kerajaan negeri.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, kerjasama politik yang dibentuk tidak seharusnya berlandaskan kepentingan kuasa semata-mata, sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada agenda pembangunan negara dan usaha menyatukan rakyat.

Beliau berpandangan sesebuah gabungan politik perlu dirancang untuk jangka masa panjang agar matlamat pembangunan negara dapat dicapai secara konsisten dan berterusan.

“Saya harap jika ada langkah-langkah kerjasama yang akan dilakukan selepas ini, ia mesti bukan hanya penandatanganan di atas kertas atau baiah yang dilakukan.

“Yang penting ialah keikhlasan yang harus diterjemahkan untuk satu hubungan jangka panjang dan berkekalan,” katanya.

Berita berkaitan
Parti Amanah sindir PAS lebih teruk daripada bau kambing, hanya fikir kepentingan diri
June 10, 2026· Politik
PAS bukan putus hubungan terus dengan Bersatu: Tuan Ibrahim
June 10, 2026· Politik
DAPSY pertahan dakwaan Mohamad Hasan terlibat krisis politik Negeri Sembilan
June 10, 2026· Politik
AMK bidas Akmal cuba ugut PMX, nasihat jangan jadi parasit
June 10, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
BN yakin agihan kerusi PRN Johor, Negeri Sembilan tiada pertindihan
June 10, 2026 · Politik
PAS nampak gila kuasa masih dalam PN tetapi ceraikan Bersatu: Mahfuz
4 jam lalu · Politik
SPR bermesyuarat Jumaat, dijangka umum tarikh PRN Johor dan Negeri Sembilan
4 jam lalu · Politik
Muktamad! Tiada kerjasama dengan PAS walaupun putus dengan Bersatu: Zahid
June 9, 2026 · Politik
UMNO jangan ulang formula lama kerjasama dengan PAS: Mahfuz
June 9, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok