Ringgit diniaga tinggi pada pembukaan dagangan, mengukuh berbanding dolar

June 30, 2025 · Isu semasa

Ringgit memulakan dagangan minggu ini dengan prestasi memberangsangkan apabila dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS. Pengukuhan ini didorong oleh kelemahan dolar AS berikutan jangkaan langkah pemotongan cukai dan perubahan perbelanjaan yang sedang dibahaskan di Senat Amerika Syarikat (AS).

Pada jam 8.01 pagi, mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.2190/2365 berbanding dolar AS daripada 4.2300/2355 ketika ditutup Khamis lalu.

Indeks Dolar AS (DXY), yang mengukur nilai dolar berbanding sekumpulan mata wang utama, kini berada pada 97.151 mata, susut 0.26 peratus.

Mengulas mengenai perkembangan itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Senat AS sedang meneliti cadangan meluluskan langkah pemotongan cukai serta mengurangkan perbelanjaan Medicaid dan subsidi tenaga bersih. Menurutnya, langkah-langkah ini dijangka akan meningkatkan defisit fiskal dan paras hutang kerajaan AS.

“Berdasarkan unjuran Pejabat Belanjawan Kongres (CBO), rang undang-undang itu boleh menambah defisit negara sebanyak hampir AS$3.3 trilion dari 2025 hingga 2034, manakala 11.8 juta rakyatnya berisiko kehilangan insurans kesihatan menjelang 2034,” katanya kepada Bernama. Tarikh akhir untuk kelulusan rang undang-undang itu ditetapkan pada 4 Julai ini.

Jelas Mohd Afzanizam, situasi ini akan melemahkan metrik kredit kerajaan AS, sekali gus memberi tekanan tambahan kepada nilai dolar AS.

“Ringgit meningkat 0.1 peratus kepada RM4.2327 pada Khamis lalu. Kami menjangkakan ringgit akan terus mengukuh berbanding dolar AS dan berpotensi didagangkan pada paras antara RM4.22 hingga RM4.23,” tambahnya.

Pada sesi pembukaan, ringgit turut diniagakan lebih kukuh berbanding kumpulan mata wang utama dunia dan serantau.

Ringgit mengukuh berbanding Yen Jepun kepada 2.9185/9308 daripada 2.9359/9399, naik berbanding Pound Britain kepada 5.7876/8116 daripada 5.8141/8217 dan lebih tinggi berbanding Euro kepada 4.9472/9677 daripada 4.9597/9661.

Begitu juga berbanding mata wang ASEAN, ringgit mencatatkan kenaikan berbanding Dolar Singapura kepada 3.3067/3207 daripada 3.3192/3240, Baht Thailand kepada 12.9179/9795 daripada 13.0254/0488, Rupiah Indonesia kepada 260.4/261.7 daripada 260.9/261.4 dan Peso Filipina kepada 7.46/7.50 daripada 7.47/7.49. – Bernama

Berita berkaitan
Peguam kelahiran Malaysia dilantik ketua rangkaian guaman global
October 23, 2026· Isu semasa
BDS sokong larangan Waze, minta pertimbang juga tamatkan kontrak AWS
October 23, 2026· Isu semasa
Jerebu: Malaysia tuntut Indonesia bertindak, bawa isu ke ASEAN
October 22, 2026· Isu semasa
72 rakyat Malaysia ditahan dalam kes dadah di luar negara: Polis
October 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
October 24, 2026 · Isu semasa
Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis
October 24, 2026 · Isu semasa
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
October 24, 2026 · Isu semasa
Anwar: Ekonomi meningkat, masalah kos sara hidup rakyat tak diabaikan
October 24, 2026 · Isu semasa
23 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi setakat 4 petang
October 24, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok