Pelatih silat mengaku tidak bersalah hina institusi Agong

June 16, 2026 · Isu semasa

Seorang pelatih silat berdepan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selepas didakwa menerbitkan hantaran berunsur hasutan dan menghina institusi Yang di-Pertuan Agong menerusi akaun Facebook miliknya tahun lalu.

Raden Mohd Azrul Amirulla, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menerbitkan hantaran yang mempunyai kecenderungan menghasut dan menghina institusi Yang di-Pertuan Agong menerusi akaun Facebook miliknya di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Kuala Lumpur pada 23 Disember 2025, kira-kira jam 2.30 petang.

Dia didakwa mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Nur Shakila Mohd Shariff memohon mahkamah menetapkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan supaya pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Bagaimanapun, peguam Farhanna Roslan yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan lebih rendah dengan alasan anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga yang besar.

“Anak guam saya bekerja sebagai perawat perubatan tradisional dan pelatih silat dengan pendapatan sekitar RM4,000 hingga RM6,000 sebulan. Beliau juga menyara ibu serta enam orang anak. Selain itu, beliau memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis sepanjang siasatan dijalankan,” katanya.

Farhanna turut memaklumkan tertuduh menetap di Kota Kinabalu, Sabah.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta mengarahkan pasportnya diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat tambahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Berita berkaitan
13 individu direman, SPRM bongkar sindiket rasuah RM2.5 juta
9 jam lalu· Isu semasa
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
June 16, 2026· Politik
Hakim sifatkan skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terburuk dunia
June 16, 2026· Politik
Bekas pegawai NGO berdepan kes rasuah RM98 juta, 2 jam baca 158 pertuduhan
June 16, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Sambutan Hari Peneroka ditangguh atas permintaan kerajaan Johor sendiri? – Sumber
June 17, 2026 · Isu semasa
Harga diesel turun 30 sen, subsidi kerajaan cecah RM3.5 bilion sebulan
June 17, 2026 · Isu semasa
Berfikir sebelum bertindak, Sultan Nazrin ingatkan pemimpin
9 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan masuk universiti secara tidak sah perlu dibuktikan: Zambry
10 jam lalu · Isu semasa
RTM ambil langkah sekat akses VPN ke RTMKLIK
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok