Selepas PAS-Bersatu berpisah, Samsuri pecat Azmin dan Radzi dari jawatan PN

June 18, 2026 · Politik

Perikatan Nasional (PN) mengumumkan rombakan kepimpinan pusatnya apabila menggugurkan Mohd Radzi Md Jidin daripada jawatan Ketua Pengarah Pilihan Raya dan Azmin Ali daripada jawatan Timbalan Setiausaha Agung berkuat kuasa serta-merta.

Pengerusi PN, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan kuasa yang diperuntukkan di bawah Fasal 8.3 (V), (VI) dan (VII) Perlembagaan PN.

Menurut beliau, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PN yang baharu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.

“Keputusan ini dibuat selaras dengan peruntukan Perlembagaan PN bagi memperkukuh organisasi gabungan menjelang cabaran politik yang akan datang,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Dalam rombakan sama, jawatan Bendahari PN yang sebelum ini disandang Sanusi kini diisi oleh pemimpin Parti India Malaysia (MIPP), S. Subramaniam.

Bagaimanapun, Samsuri tidak menjelaskan secara terperinci sebab Azmin digugurkan daripada jawatan Timbalan Setiausaha Agung selain menyatakan perubahan itu dibuat bagi memenuhi kehendak perlembagaan gabungan berkenaan.

Beliau turut memaklumkan satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi PN akan diadakan pada masa terdekat.

“Satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi Perikatan Nasional akan diadakan dalam masa terdekat bagi memperkukuh organisasi Perikatan Nasional,” katanya.

Rombakan tersebut berlaku ketika landskap politik pembangkang berdepan perubahan besar susulan keputusan PAS menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu, sekali gus mencetuskan penyusunan semula dalam kepimpinan dan struktur gabungan itu.

Mesyuarat yang membuat keputusan tersebut turut dihadiri beberapa pemimpin utama termasuk Hamzah Zainudin, Ronald Kiandee, Saifuddin Abdullah, Mas Ermieyati Samsudin, Rosol Wahid dan Abdul Khalib Abdullah.

Perkembangan itu menyusul beberapa siri perubahan dalam kepimpinan pembangkang sejak beberapa bulan lalu.

Pada April lalu, PN mengumumkan Hamzah bukan lagi Ketua Pembangkang sebelum jawatan itu diserahkan kepada Samsuri pada bulan berikutnya.

Hamzah sebelum itu melepaskan kedudukan berkenaan selepas keahliannya dalam Bersatu ditamatkan susulan krisis kepimpinan parti yang melibatkan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, pada 13 Jun lalu, PAS mengumumkan persetujuannya untuk mengekalkan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang dalam satu konvensyen yang turut menyaksikan pelancaran parti baharunya.

Berita berkaitan
Bersatu nafi bantah kemasukan Pejuang ke PN, bantah kemasukan PCM: Hilman
13 jam lalu· Politik
Tun Faisal dakwa Hamzah punca keretakan PN, PAS campur urusan dalaman Bersatu
17 jam lalu· Politik
Bersatu persoal keabsahan Mesyuarat Tertinggi PN, langgar kehendak RoS
June 23, 2026· Politik
Kecoh kenyataan awal dipadam, pengguna FB kantoikan tangkap layar akaun Samsuri
June 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Onn Hafiz tak perlu jadi ‘drama king’, Sheikh Umar cabar dedah pihak sekat masuk FELDA
10 jam lalu · Politik
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
10 jam lalu · Politik
Puad diminta bertenang, Mat Maslan minta fokus bantu hadapi PRN Johor
10 jam lalu · Politik
PRN Johor: Bekas ADUN Bersatu calon BN di Endau, Onn Hafiz kekal di Machap
10 jam lalu · Politik
Mat Sabu hanya suarakan pandangan, bukan sindir sesiapa: Anwar
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok