Kecoh kenyataan awal dipadam, pengguna FB kantoikan tangkap layar akaun Samsuri

June 23, 2026 · Politik

Satu dakwaan mengenai pemuatan naik dua kenyataan media berbeza menerusi akaun Facebook rasmi Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Ahmad Samsuri Mokhtar, mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial sejak malam tadi.

Perkara itu didedahkan oleh seorang pemerhati politik, Mohd Faisal, yang mendakwa sempat merakam dan menyimpan tangkap layar kenyataan berkenaan ketika mengikuti secara langsung sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi PN sekitar jam 11.45 malam.

Menurut beliau, sidang media tersebut menyentuh tiga perkara utama iaitu penerimaan dua parti baharu ke dalam PN, tiada perbincangan mengenai kedudukan Bersatu dalam gabungan itu serta perkembangan rundingan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Bagaimanapun, beberapa minit selepas sidang media berakhir, Mohd Faisal mendakwa satu kenyataan media dimuat naik menerusi akaun Facebook rasmi Ahmad Samsuri yang mengandungi kandungan berbeza daripada apa yang diumumkan kepada media.

Berdasarkan tangkap layar yang dikongsikannya, kenyataan pertama itu menyebut PN menerima Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Parti Pejuang sebagai anggota baharu.

Namun, ia turut mengandungi keputusan PN tidak akan menyertai PRN Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Kenyataan sama juga didakwa menyatakan penggunaan lambang PN tidak dibenarkan dalam ketiga-tiga pilihan raya negeri berkenaan serta mengumumkan penggantungan sementara kepimpinan PN negeri di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Saya membuka akaun berkenaan untuk memastikan sama ada ia akaun tulen atau palsu. Ternyata ia akaun rasmi dan mempunyai tanda pengesahan biru,” kata Mohd Faisal dalam hantaran di Facebook.

Beliau berkata, tidak lama kemudian kenyataan tersebut dipadamkan sebelum satu kenyataan baharu dimuat naik kira-kira jam 12.16 tengah malam.

Menurutnya, kandungan kenyataan kedua itu selari dengan perkara yang diumumkan Ahmad Samsuri dalam sidang media, termasuk penerimaan Pejuang dan PCM sebagai anggota baharu PN serta keputusan memuktamadkan agihan kerusi melalui Jawatankuasa Rundingan Kerusi pada masa terdekat.

Mohd Faisal turut mendakwa meninggalkan komen bagi mendapatkan penjelasan mengenai perubahan kandungan kenyataan tersebut, namun komen itu kemudiannya dipadamkan.

Katanya, insiden itu menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan pengguna media sosial, termasuk kemungkinan kenyataan pertama dimuat naik secara tidak sengaja, palsu atau akaun berkenaan telah diceroboh.

“Perkara ini serius. Menggunakan letterhead dan nama orang lain adalah satu kesalahan. Jika benar akaun berkenaan digodam, laporan polis perlu dibuat segera kerana ia melibatkan seorang pemimpin penting negara dan sebuah gabungan politik utama,” katanya.

Setakat ini, Ahmad Samsuri mahupun pihak PN belum mengeluarkan sebarang penjelasan rasmi berhubung perbezaan antara kedua-dua kenyataan media tersebut.

Berita berkaitan
PAS akan jadikan UMNO, BN ‘pak turut’ – PKR Terengganu
September 8, 2026· Politik
Dakwaan tawaran AS jatuhkan kerajaan: Polis terima 12 laporan terhadap Hadi
September 7, 2026· Politik
Mahfuz: PAS jangan jadikan syurga sebagai umpan undi
September 7, 2026· Politik
Bukit Aman hubungi Hadi dakwaan AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan Malaysia
September 7, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Isu pengampunan: Zahid serah nasib Najib kepada budi bicara Agong
17 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO desak GST dikembalikan
17 jam lalu · Politik
Danish cabar Asyraf tunjuk ayat PH pertikai kuasa Agong
18 jam lalu · Politik
Ismail akan berjumpa Zahid, jelaskan dakwaan dipaksa tandatangan
18 jam lalu · Politik
Penyatuan ummah bukan untuk pinggir bukan Melayu – Akmal
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok