Pemuda UMNO desak GST dikembalikan

10 jam lalu · Politik

Pemuda UMNO menggesa kerajaan mengembalikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi meningkatkan hasil negara serta menggantikan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang digunakan ketika ini.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata GST perlu dipertimbangkan semula kerana sistem itu mampu memberikan kutipan hasil lebih tinggi kepada negara berbanding SST.

“Bila cakap buat macam-macam, mesti ada duitnya. Kalau kerajaan tiada duit, tak boleh laksana.

“Kita Pemuda UMNO minta GST dilaksanakan semula untuk gantikan SST. Kami Pemuda UMNO sokong perkara baik,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada persidangan Pemuda UMNO di Kuala Lumpur.

Akmal berkata, ketika GST dilaksanakan sebelum ini, kerajaan mampu mengutip sehingga RM44.3 bilion setahun.

Menurutnya, jumlah itu lebih dua kali ganda berbanding anggaran kutipan SST sekitar RM21 bilion.

“Hari ini SST dinaikkan dan diperluas sedikit demi sedikit. Soalannya, sampai bila kita mahu terus menampal sistem ini?” katanya.

Beliau berkata, keupayaan GST dalam meningkatkan hasil negara perlu dilihat berdasarkan keberkesanan sistem percukaian itu, bukan semata-mata berdasarkan persepsi politik.

Menurutnya, GST mempunyai mekanisme yang lebih menyeluruh dan berpotensi menyediakan sumber pendapatan yang lebih stabil kepada kerajaan.

Akmal turut menggesa kerajaan menilai semula sistem percukaian penggunaan secara menyeluruh supaya ia dapat meningkatkan hasil tanpa membebankan golongan berpendapatan rendah.

GST diperkenalkan di Malaysia pada April 2015 bagi menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan sebelum dimansuhkan pada September 2018.

Selepas pemansuhan GST, SST diperkenalkan semula sebagai sistem cukai penggunaan negara.

Perdebatan mengenai GST kembali mendapat perhatian susulan keperluan kerajaan meningkatkan hasil negara dan mengukuhkan kedudukan fiskal.

Pemuda UMNO berpandangan GST wajar dikaji semula sebagai salah satu pilihan untuk memperkukuh sistem percukaian negara dan mengurangkan kebergantungan kepada SST.

Berita berkaitan
Isu pengampunan: Zahid serah nasib Najib kepada budi bicara Agong
10 jam lalu· Politik
Danish cabar Asyraf tunjuk ayat PH pertikai kuasa Agong
10 jam lalu· Politik
Penyatuan ummah bukan untuk pinggir bukan Melayu – Akmal
12 jam lalu· Politik
Mohamad Hasan: UMNO tak mahu dipermainkan lagi, tetapkan empat syarat kerjasama
September 9, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Ismail akan berjumpa Zahid, jelaskan dakwaan dipaksa tandatangan
11 jam lalu · Politik
Siapa pegang tangan MB Negeri Sembilan soal Mahfuz
12 jam lalu · Politik
Peguam nafi Azeez pilih baju lokap, gari
September 9, 2026 · Politik
Mohamad Hasan: Menang PRN bukan lesen UMNO untuk leka
September 9, 2026 · Politik
Ahmad Zahid tolak spekulasi Ismail Lasim letak jawatan, nafi hadir mesyuarat
September 9, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok