Danish cabar Asyraf tunjuk ayat PH pertikai kuasa Agong

10 jam lalu · Politik

“Ayat mana PH pertikai kuasa pengampunan Agong?” Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin mencabar Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki menunjukkan bahagian dalam kenyataan Pakatan Harapan (PH) yang didakwa mengetepikan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak.

Danish berkata, kenyataan PH jelas hanya menyentuh isu rasuah, salah guna kuasa, hukuman mahkamah dan prinsip kedaulatan undang-undang tanpa mempersoalkan kuasa pengampunan yang diperuntukkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Saya cuma mahu tanya satu perkara, ayat mana dalam kenyataan Pakatan Harapan yang mempertikaikan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong?

“Jangan letakkan perkataan yang tidak pernah disebut oleh PH,” katanya menerusi kenyataan yang dikongsikan di media sosial.

Menurutnya, PH tetap menjunjung Perlembagaan dan menghormati institusi Yang di-Pertuan Agong, selain mempertahankan pendirian terhadap rasuah dan salah guna kuasa.

“Itu pendirian terhadap rasuah. Bukan serangan terhadap institusi Raja,” katanya.

Danish berkata, pendirian itu merujuk kepada kenyataan PH sebelum ini yang menegaskan individu yang disabitkan kesalahan rasuah atau salah guna kuasa, khususnya dalam kes berprofil tinggi, perlu menjalani hukuman yang diputuskan mahkamah.

Sebelum ini, Asyraf mempersoalkan pendirian berkenaan dan menyifatkannya seolah-olah mengetepikan kuasa pengampunan yang diperuntukkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, Asyraf turut menegaskan UMNO tidak mahu mendahului pertimbangan Lembaga Pengampunan dalam perkara berkenaan.

Isu itu kembali menjadi perhatian ketika persoalan mengenai pengampunan Najib dibangkitkan semula, susulan pendirian PH mengenai hukuman terhadap pesalah rasuah serta kepentingan mempertahankan kedaulatan undang-undang.

Danish menegaskan perbahasan mengenai rasuah tidak seharusnya dialihkan kepada persoalan institusi Raja sekiranya tiada kenyataan PH yang mempertikaikan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong.

Berita berkaitan
Nasib Najib ditentukan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok
9 jam lalu· Isu semasa
Isu pengampunan: Zahid serah nasib Najib kepada budi bicara Agong
9 jam lalu· Politik
Pemuda UMNO desak GST dikembalikan
9 jam lalu· Politik
Penyatuan ummah bukan untuk pinggir bukan Melayu – Akmal
11 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Ismail akan berjumpa Zahid, jelaskan dakwaan dipaksa tandatangan
11 jam lalu · Politik
Siapa pegang tangan MB Negeri Sembilan soal Mahfuz
12 jam lalu · Politik
Mohamad Hasan: UMNO tak mahu dipermainkan lagi, tetapkan empat syarat kerjasama
September 9, 2026 · Politik
Peguam nafi Azeez pilih baju lokap, gari
September 9, 2026 · Politik
Mohamad Hasan: Menang PRN bukan lesen UMNO untuk leka
September 9, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok