Penyatuan ummah bukan untuk pinggir bukan Melayu – Akmal

13 jam lalu · Politik

Membela Melayu bukan bermakna memusuhi bukan Melayu dan memartabatkan Islam pula bukan alasan untuk menafikan hak agama lain.

Tegas Ketua Pemuda UMNO, Muhamad Akmal Saleh pihaknya bersedia menjadi benteng parti bagi memastikan agenda penyatuan ummah tidak berakhir sebagai retorik politik, sebaliknya diterjemahkan melalui pelaksanaan yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat.

“Apabila bercakap mengenai penyatuan ummah, saya mahu ingatkan sahabat Cina dan India bahawa ia bukanlah ancaman kepada sesiapa.

“Membela Melayu bukan bererti mahu bermusuh dengan bukan Melayu, manakala memartabatkan Islam bukan bererti menafikan hak penganut lain kerana dalam Islam, kita diajar kepimpinan kuat mesti berlaku adil kepada seluruh rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung sayap itu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Akmal turut menegaskan Barisan Nasional (BN) mempunyai rekod dalam memastikan kerjasama politik tidak menghakis identiti parti komponen serta kaum yang diwakilinya.

“Jangan risau sahabat dari kaum Cina dan India. BN sudah ada bukti.

“Hari ini, MCA tidak pernah kehilangan identiti Cinanya, MIC tidak pernah kehilangan identiti Indianya dan PBRS juga tidak pernah hilang jati diri Bumiputeranya,” katanya.

Menurutnya, perjuangan membela kepentingan Melayu dan memartabatkan Islam tidak sepatutnya ditafsirkan sebagai usaha meminggirkan kaum atau agama lain.

Sebaliknya, beliau berkata kekuatan kepimpinan perlu diterjemahkan melalui keadilan kepada seluruh rakyat, selaras dengan prinsip yang didukung Islam.

Perhimpunan itu turut dihadiri Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Mohamad Hasan; Naib Presiden, Khaled Nordin serta beberapa pemimpin tertinggi UMNO.

Turut hadir Naib Ketua Pemuda UMNO, Mohd Hairi Mad Shah; Setiausaha Pemuda UMNO, Mohd Hafiz Ariffin; Ketua Pemuda MCA, Ling Tian Soon; Ketua Pemuda MIC, Arvind Krishnan dan Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden.

Agenda penyatuan ummah antara UMNO dan PAS kembali mendapat perhatian susulan usaha memperkukuh kerjasama politik Melayu-Islam, dengan kedua-dua parti mempunyai sejarah kerjasama melalui Muafakat Nasional.

Berita berkaitan
Isu pengampunan: Zahid serah nasib Najib kepada budi bicara Agong
11 jam lalu· Politik
Pemuda UMNO desak GST dikembalikan
11 jam lalu· Politik
Danish cabar Asyraf tunjuk ayat PH pertikai kuasa Agong
12 jam lalu· Politik
Ismail akan berjumpa Zahid, jelaskan dakwaan dipaksa tandatangan
12 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Siapa pegang tangan MB Negeri Sembilan soal Mahfuz
13 jam lalu · Politik
Mohamad Hasan: UMNO tak mahu dipermainkan lagi, tetapkan empat syarat kerjasama
September 9, 2026 · Politik
Peguam nafi Azeez pilih baju lokap, gari
September 9, 2026 · Politik
Mohamad Hasan: Menang PRN bukan lesen UMNO untuk leka
September 9, 2026 · Politik
Ahmad Zahid tolak spekulasi Ismail Lasim letak jawatan, nafi hadir mesyuarat
September 9, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok