Keputusan rayuan Guan Eng, isteri dan ahli perniagaan diketahui hari ini

3 jam lalu · Politik

Nasib Lim Guan Eng, isterinya Betty Chew serta ahli perniagaan Phang Li Koon dalam usaha menggugurkan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapi mereka akan ditentukan Mahkamah Rayuan hari ini.

Panel Mahkamah Rayuan dijadual menyampaikan keputusan pada jam 9 pagi berhubung rayuan mereka untuk membatalkan pertuduhan yang berkaitan dengan projek pembinaan asrama pekerja asing bernilai RM11.6 juta di Pulau Pinang.

Kes berprofil tinggi itu masih belum memasuki peringkat perbicaraan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan berkait dengan dakwaan penganugerahan projek penempatan pekerja asing ketika Guan Eng memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Rayuan yang dikemukakan tertumpu kepada persoalan sama ada pertuduhan berkenaan wajar dibatalkan atas alasan berlaku penyalahgunaan proses mahkamah serta penggunaan keterangan yang didakwa mempunyai kaitan dengan prosiding terdahulu membabitkan pembelian banglo di Jalan Pinhorn.

Pihak pembelaan berhujah pertuduhan semasa merupakan sebahagian daripada siri transaksi yang sama dan sepatutnya telah dibawa lebih awal oleh pihak pendakwaan.

“Pertuduhan semasa adalah berkait dengan fakta dan keterangan yang telah disentuh dalam prosiding terdahulu,” hujah pihak pembelaan ketika prosiding rayuan.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan menegaskan pertuduhan yang dikemukakan adalah berasaskan fakta berasingan yang diperoleh hasil siasatan lanjut selepas kes terdahulu selesai.

Pada 3 Mei 2024, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menolak permohonan ketiga-tiga mereka untuk membatalkan pertuduhan berkenaan.

Mahkamah ketika itu memutuskan doktrin ‘autrefois acquit’, iaitu perlindungan daripada dibicarakan dua kali bagi kesalahan yang sama, tidak terpakai kerana syarat perundangan yang diperlukan gagal dipenuhi.

Mengikut pertuduhan, Guan Eng didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Lembaga Tender Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang untuk mendapatkan suapan berkaitan kelulusan projek berkenaan.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Li Koon pula didakwa bersubahat dengan Guan Eng dalam kesalahan yang sama.

Sementara itu, Betty berdepan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan penerimaan wang berjumlah RM372,009 daripada Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya antara tahun 2013 hingga 2016.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM5 juta, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Berita berkaitan
Bukankah FELDA diurus Pengerusi dan Menteri UMNO? DAPSY persoal dakwaan MB Johor
June 24, 2026· Politik
Rayuan ditolak, perbicaraan kes rasuah Guan Eng diteruskan
June 24, 2026· Isu semasa
SPRM buka siasatan pemindahan tiga gajah ke Jepun
June 22, 2026· Isu semasa
DAP tampil calon Melayu di Tiram, Ketua DAPSY bertanding di Johor Jaya
June 20, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Puad dakwa ada yang ‘tidak kena’ dalam senarai calon BN Johor
June 24, 2026 · Politik
Tiada arahan sekat Onn Hafiz masuk ke FELDA: Zahid
3 jam lalu · Politik
Kerajaan pusat dan negeri sepakat tangani cabaran ekonomi: Anwar
14 jam lalu · Politik
Maszlee sedia berdebat, adakah Onn Hafiz akan sahut?
14 jam lalu · Politik
Bersatu persoal keabsahan Mesyuarat Tertinggi PN, langgar kehendak RoS
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok