Pelajar IPTS warga asing ditemui maut di kondo, rakan senegara ditahan

June 24, 2026 · Isu semasa

Seorang pelajar wanita warga asing berusia lingkungan 20-an ditemukan maut di sebuah kondominium di Bandar Sunway, Petaling Jaya, hari ini, dalam kejadian yang kini disiasat sebagai kes bunuh.

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang penuntut lelaki warga asing yang berusia dalam lingkungan sama dan merupakan pelajar di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang sama bagi membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada pukul 11.03 pagi sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi.

Menurut beliau, pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada tubuh mangsa yang juga penuntut di sebuah IPTS di sini. Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, polis turut merampas beberapa barangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian dan boleh membantu siasatan.

Mayat mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat yang dijadualkan dijalankan esok bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Polis turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Surianti Lataera di talian 013-3352547.

Pada masa sama, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan bahan berkaitan kejadian di media sosial sehingga boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.

Berita berkaitan
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
5 jam lalu· Isu semasa
Isu minit pengampunan Najib, Polis mungkin panggil Tony Pua
5 jam lalu· Politik
Bekas pegawai khas Najib, aktivis UMNO diperintah bayar RM433,000 kepada pendakwah
November 23, 2026· Politik
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
November 22, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
4 jam lalu · Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
4 jam lalu · Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
5 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
5 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
4 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok