Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim mengingatkan jentera Pakatan Harapan (PH) supaya tidak bersikap angkuh ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sebaliknya terus merendah diri dan mendekati rakyat walaupun mempunyai rekod prestasi yang boleh diketengahkan.
Perdana Menteri berkata, persaingan termasuk kemungkinan berlakunya pertandingan tiga penjuru di beberapa kerusi bukan sesuatu yang luar biasa, malah ia merupakan sebahagian daripada amalan demokrasi yang perlu dihormati semua pihak.
“Tiga ke enam penjuru ke, ini lumrah dalam amalan demokrasi. Cuma biarlah kempen itu sopan, jaga akhlak, jangan lupa daratan,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jameatus Solehah, Pekan Dengkil, pada Jumaat.
Menurut Anwar, beliau turut mengingatkan jentera PH agar tidak memandang rendah mana-mana pihak ketika berkempen, sebaliknya mengutamakan semangat kerjasama dan kesederhanaan dalam mendekati masyarakat.
“Bagi kita, kita cuba dalam Pakatan Harapan dekatkan rakyat kerana prestasi yang ditunjukkan. Jangan tunjuk sombong, jangan kata tolak orang itu, tolak orang ini. Kerjasamalah.
“Malaysia ini sudah begini rupa. Ambillah sikap yang sederhana sikit. Cuba layani, santuni sebanyak mungkin masyarakat kita,” katanya.
Esok merupakan hari penamaan calon bagi PRN Johor yang dijangka menyaksikan persaingan sengit di beberapa kerusi, termasuk pertembungan tiga penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), PH dan Perikatan Nasional (PN).
PRN Johor kali ini menjadi antara pilihan raya negeri paling dinantikan kerana dianggap sebagai kayu ukur sokongan rakyat terhadap parti-parti utama selepas perubahan landskap politik negara sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Keputusan pilihan raya itu juga dijangka memberi petunjuk penting terhadap kekuatan gabungan politik menjelang pilihan raya umum akan datang.
SPR keluar peringatan menjelang penamaan calon PRN Johor
Sokongan terhadap Anwar kekal tertinggi: Tinjauan Merdeka Center
Annuar sahkan rundingan PAS-UMNO, kerjasama gagal dimeterai untuk PRN Johor: Laporan
Selepas Puad keluar UMNO, bekas ADUN Layang-Layang pula umum sertai Bersatu
Puad pertahan cadang anak jadi calon, dakwa pemilihan tidak adil
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar